Pray For MH370

Pray For MH370

SLOGAN PENTADBIRAN NAJIB PERLU PEMBUKTIAN PRAKTIKAL

1. Slogan pentadbiran Najib iaitu "Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan".
(foto kanan: Menteri di Jab Perdana Menteri)
2. Kabinet Najib lebih kecil terdiri 28 menteri dengan 25 kementerian, berbanding 32 menteri dengan 27 kementerian semasa pentadbiran Abdullah sebelum ini.

3. Barisan kabinet Najib menampilkan tujuh muka baru dan menggugurkan lapan anggota jemaah menteri yang lepas.

4. Daripada tujuh muka baru itu, empat dilantik menjadi menteri melalui lantikan senator iaitu Dr Koh, Jamil Khir, Sharizat dan Raja Nong Chik

5. Seramai 14 menteri bertukar portfolio.

6. Tujuh menteri mengekalkan portfolio masing-masing iaitu Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Jabatan Perdana Menteri), Datuk Ong Tee Keat (Pengangkutan), Datuk Seri Khaled Nordin (Pengajian Tinggi), Datuk Dr Maximus Ongkili (Sains, Teknologi dan Inovasi), Datuk Douglas Uggah Embas (Sumber Asli dan Alam Sekitar), Datuk Liow Tiong Lai (Kementerian Kesihatan) dan Datuk Dr S.Subramaniam (Sumber Manusia).


7.
Terdapat 40 timbalan menteri termasuk dua yang dilantik melalui lantikan senator.
Kabinet semasa Tun pak Lah mempunyai 37 timbalan menteri.

KOMENTAR: 1. Kementerian, Menteri, Timbalan beliau serta setiausaha kementerian perlu mempunyai kad laporan seperti "Balanced Scorecard" dan penilaian dibuat setiap enam bulan atau setahun.

2. Slogan pentadbiran baru sungguh mencabar, tetapi mampukah BN menyahut cabaran tersebut. Buktikan!!!!

3. Mana perginya orang Pak Lah. Pelantikan tidak mencerminkan pencapaian dalam pemilihan UMNO baru-baru ini.




Najib Umum Kabinet Baru 28 Anggota

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan barisan kabinetnya dengan menampilkan tujuh muka baru dan menggugurkan lapan anggota jemaah menteri yang lepas.

Kabinet baru ini menyaksikan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran.

Najib, yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keenam pada 3 April lepas, mengekalkan portfolio Menteri Kewangan yang disandangnya sejak 19 Sept 2008, ekoran pertukaran portfolio pertahanan dengan perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Seperti yang dijangkakan, kabinet Najib lebih kecil terdiri 28 menteri dengan 25 kementerian, berbanding 32 menteri dengan 27 kementerian semasa pentadbiran Abdullah sebelum ini.

"Inilah saf dan inilah pasukan kita yang diharapkan menjadi cerminan kekuatan serta wajah kemajmukan Malaysia melalui Barisan Nasional yang mewakili semua rakyat dari setiap penjuru dan pelusuk Malaysia," kata Najib ketika mengumumkan barisan kabinet baru itu di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya yang disiarkan secara langsung oleh stesen-stesen TV tempatan.

Barisan kabinet itu juga mencerminkan slogan pentadbiran Najib iaitu "Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan", yang mengajak rakyat bersama-sama melaksanakan transformasi besar untuk negara.

Daripada tujuh muka baru itu, empat dilantik menjadi menteri melalui lantikan senator iaitu Dr Koh, Jamil Khir, Sharizat dan Raja Nong Chik yang mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara khamis petang.

Dalam barisan kabinet itu, tujuh menteri mengekalkan portfolio masing-masing iaitu Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Jabatan Perdana Menteri), Datuk Ong Tee Keat (Pengangkutan), Datuk Seri Khaled Nordin (Pengajian Tinggi), Datuk Dr Maximus Ongkili (Sains, Teknologi dan Inovasi), Datuk Douglas Uggah Embas (Sumber Asli dan Alam Sekitar), Datuk Liow Tiong Lai (Kementerian Kesihatan) dan Datuk Dr S.Subramaniam (Sumber Manusia).

Seramai 14 menteri bertukar portfolio, didahului Muhyiddin kini menerajui Kementerian Pelajaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebelumnya.

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop pula berpindah daripada Kementerian Kewangan ke Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok daripada Jabatan Perdana Menteri ke Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein daripada Kementerian Pelajaran ke Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Rais Yatim daripada Kementerian Luar ke Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan, dan Datuk Peter Chin Fah Kui Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Turut berpindah kementerian ialah Datuk Seri Shafei Apdal (Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), Datuk Mustapa Mohamed (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Dr Ng Yen Yen (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ke Kementerian Pelancongan), Datuk Noh Omar (Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Jabatan Perdana Menteri ke Kementerian Pertahanan, Datuk Shaziman Abu Mansor (Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi ke Kementerian Kerja Raya), Datuk Ahmad Shabery Cheek (Kementerian Penerangan ke Kementerian Belia dan Sukan) dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Kementerian Belia dan Sukan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna).

Lapan menteri yang tidak tersenarai ialah Datuk Seri Syed Hamid Albar (Dalam Negeri), Datuk Seri Azalina Othman Said (Pelancongan), Senator Tan Sri Muhammad Muhd Taib (Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), Senator Datuk Amirsham A Aziz (Jabatan Perdana Menteri), Datuk Ong Ka Chuan (Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Datuk Mohd Zin Mohamed (Kerja Raya), Datuk Seri Zulhasnan Rafique (Wilayah Persekutuan) dan Datuk Shahrir Abdul Samad, yang meletakkan jawatan.

Tujuh muka baru yang dilantik ialah Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi Hal Ehwal Perpaduan dan Pengurusan Prestasi, Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera Mej Jen Datuk Jamil Khir Baharom sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab bagi Hal Ehwal Agama Islam.

Muka baru lain ialah Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah yang dilantik sebagai Menteri Kewangan Kedua, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Anifah Aman sebagai Menteri Luar dan Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, dan Naib Presiden MCA Datuk Kong Cho Ha, yang sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan, sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Pengumuman kabinet Khamis menyaksikan penyusunan semula tiga kementerian iaitu Kementerian Penerangan, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, bagi mewujudkan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan.

Perdana Menteri turut mengumumkan senarai 40 timbalan menteri termasuk dua yang dilantik melalui lantikan senator iaitu Ketua Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr Awang Adek Hussin sebagai Timbalan Menteri Kewangan.

Mereka mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara Khamis petang ini.

Kabinet lepas mempunyai 37 timbalan menteri.

BERNAMA

Comments :

0 comments to “SLOGAN PENTADBIRAN NAJIB PERLU PEMBUKTIAN PRAKTIKAL”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com