Pray For MH370

Pray For MH370

POLITIK AIR BERSIH YANG SANGAT KOTOR

FAKTA isu air Selangor

1. Persatuan-persatuan Pengguna Prihatin Air Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya didalangi orang yang sama dengan orang yang berada di dalam Persatuan Air Selangor yang mana presiden atau pengerusi persatuan itu merupakan Tan Sri Rozali yang merupakan juga pengerusi kepada syarikat Syabas dan Puncak Niaga.

2. Dato’ Muhammad Azaham ialah Timbalan Presiden Persatuan Air Selangor yang dipengerusi oleh Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga.

3. Jabatan Audit Negara telah mendedahkan bahawa Puncak Niaga dan Syabas tidak mematuhi beberapa aspek perjanjian konsesi AIR.


Tindakan Syabas, Puncak Niaga Berselindung Di sebalik Persatuan Dibidas

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga berselindung di sebalik Persatuan-persatuan Pengguna Prihatin Air Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya yang kononnya memperjuangkan hak-hak pengguna di negeri Selangor.

Demikian dinyatakan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menurutnya, persatuan itu diwujudkan untuk menjaga kepentingan syarikat-syarikat konsesi air Selangor yang mana pengerusi penajanya adalah Dato’ Muhammad Azaham Abdul Wahab.

Dato’ Muhammad Azaham juga merupakan Timbalan Presiden Persatuan Air Selangor yang dipengerusi oleh Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga, Tan Sri Rozali Ismail.

“Ia tidak mengejutkan saya kerana persatuan ini didalangi orang yang sama dengan orang yang berada di dalam Persatuan Air Selangor yang mana presiden atau pengerusi persatuan itu merupakan Tan Sri Rozali yang merupakan pengerusi kepada syarikat Syabas dan Puncak Niaga.

“Jadi tidak terkejutlah bila kita melihat bagaimana menerusi Dato’ Muhammad Azaham, Persatuan Pengguna Prihatin Air Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya menjadi perkakas kepada Syabas dan Puncak Niaga untuk mempertahankan kepentingan komersial mereka,” katanya menambah ianya jelas menunjukkan bukan kerajaan negeri yang menipu rakyat sebaliknya syarikat konsesi sendiri yang mempertahankan agar industri air terus dikendalikan oleh mereka.

Nik Nazmi berkata demikian kepada TV Selangor ketika mengulas kenyataan Persatuan-persatuan Pengguna prihatin Air Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya yang mendakwa risalah yang disebarkan kerajaan Selangor tidak tepat dan berbau fitnah.

Beliau yang menyanggah tuduhan itu berkata maklumat dalam risalah yang disebarkan kerajaan negeri itu berdasarkan fakta yang betul.

Menurutnya, jika benar persatuan itu prihatin terhadap kebajikan penduduk di Selangor mereka sepatutnya menjawab tentang isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Jabatan Audit Negara tentang bagaimana Puncak Niaga dan Syabas tidak mematuhi beberapa aspek perjanjian konsesi dan mereka juga seharusnya menjelaskan adakah persatuan mereka menyokong gaji sehingga RM5 juta setahun yang diterima pengerusi Syabas, Tan Sri Rozali.

“Ini sepatutnya menjadi perkara atau isu yang perlu dibangkitkan oleh persatuan pengguna prihatin kalau mereka benar-benar mewakili rakyat Selangor yang mahukan perkhidmatan air yang baik, berkualiti dan memastikan kebajikan rakyat terpelihara,” katanya.

Menurut Nik Nazmi lagi, kerajaan negeri juga akan terus berusaha mengambil alih pengurusan air yang dikendalikan Puncak Niaga, Syabas, Syarikat Pengeluaran Air Selangor Holdings Berhad (Splash) dan Konsortium ABASS Sdn Bhd (Abass) bagi memastikan kadar tarif air diturunkan manakala pemberian bekalan air percuma 20 meter padu dapat diteruskan bagi faedah rakyat.

Katanya, kerajaan negeri akan meneruskan usaha termasuk mengambil tindakan undang-undang bagi memastikan hak pengguna dilindungi dan tiada kenaikan air dilakukan.

“Kita sudah melantik pihak peguam dan kita juga sedang mengkaji tindakan di mahkamah dan pada masa yang sama kita mahu rakyat faham tentang isu yang mendepani kita kerana sebarang perubahan termasuk tarif dari segi kenaikan air dan sebagainya perlu mendapat persetujuan kerajaan negeri tapi kita lihat bagaimana kerajaan persekutuan membelakangi kerajaan negeri dalam banyak perkara,” katanya.

MURIZA ABDUL HAMID/SELANGORKINIONLINE



1. SOKONG JANGAN TAK SOKONG AMBIL ALIH AIR


2. POLITIK AIR MENEMUI JALAN BUNTU


3. Ulasan Umno-reform isu AIR: Setuju Air Naik

Comments :

0 comments to “POLITIK AIR BERSIH YANG SANGAT KOTOR”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com