Pray For MH370

Pray For MH370

PULANG DAN TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB

Mungkinkah Qing Ming Jejaskan Peratus Keluar Mengundi?

Mungkinkah roh mereka yang telah meninggal dunia menjadi penghalang kepada pengundi yang menetap di luar kawasan, khususnya pengundi Cina, daripada mengunjungi pusat pengundian masing-masing di tiga kawasan pilihan raya kecil pada 7 April ini?




Soalan ini ditimbulkan kerana pada hujung minggu ini, masyarakat Cina akan mengunjungi tanah perkuburan bagi membersihkan kubur dan memberi penghormatan kepada roh nenek moyang mereka yang telah meninggal dunia.

Tiga kawasan pilihan raya kecil berkenaan -- Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai -- mungkin dikunjungi ramai pengunjung Cina hujung minggu ini sempena Qing Ming yang disambut pada 4 April. Upacara mengunjungi tanah perkuburan juga akan diadakan pada Ahad oleh mereka yang tidak berkesempatan melakukannya pada Sabtu memandangkan ia hari bekerja bagi kebayakan mereka yang bertugas dengan sektor swasta.

Bagaimanapun, persoalannya ialah sama ada pengunjung dari luar yang juga pemilih berdaftar di kawasan pilihan raya terbabit akan terus berada di situ hingga Selasa untuk mengundi?

Untuk membolehkan mereka mengundi, pengunjung ini perlu berada selama dua hari lagi di kawasan berkenaan. Adakah mereka bersedia berbuat demikian bagi menunaikan tanggungjawab dan hak mereka sebagai pemilih?

Perkara ini membimbangkan penyusun strategi kempen serta petugas parti di kawasan terbabit. Contohnya, bagi kawasan Bukit Gantang, dianggarkan 4,000 pemilih menetap di luar kawasan itu dan kira-kira separuh daripada mereka dipercayai berbangsa Cina.

Kebanyakan pemilih ini dikatakan tidak akan mengundi pada pilihan raya kecil kawasan itu.

Pada pilihan raya umum 2008, jumlah keseluruhan pemilih yang keluar mengundi di Bukit Gantang ialah kira-kira 72 peratus. Jumlah pemilih Melayu yang keluar mengundi ialah 75.4 peratus, berbanding pemilih bukan Melayu sebanyak 62.2 peratus.

Walaupun ada kemungkinan sesetengah pemilih yang menetap di luar kawasan tidak akan pulang untuk mengundi, namun Suruhanjaya Piliharaya meramalkan jumlah pemilih yang akan keluar mengundi di Bukit Gantang ialah 75 peratus.

Penyokong setia parti yang bertanding pada pilihan raya kecil itu berkata kekurangan jumlah pemilih yang keluar mengundi akan memberi kesan buruk terhadap peluang mereka untuk menang.

Ada pihak berpendapat bahawa sekiranya tidak ramai pemilih bukan Melayu keluar mengundi di Bukit Gantang, maka ia akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional(BN) dan jika jumlah pemilih Melayu yang keluar mengundi pula adalah rendah, maka BN akan menghadapi masalah.

Sekiranya jumlah pemilih bukan Melayu yang keluar mengundi di Bukit Gantang adalah rendah, maka pakatan Pembangkang akan menghadapi tugas berat bagi mengekalkan kira-kira 54 peratus sokongan yang diterimanya pada pilihan raya umum 2008.

Petugas parti Pembangkang berkata mereka sedang mengatur pelbagai strategi bagi mendorong pemilih bukan Melayu hadir untuk mengundi.

"Kami memandang berat tentang perkara ini. Kami ada strategi bagi mengatasinya, tapi tak bolehlah beritahu anda," kata ahli strategi DAP Liew Chin Tong.

Agaknya, itulah sebabnya DAP menghasilkan klip video berasaskan YouTube bagi menggesa pemilih yang tinggal di luar kawaan supaya pulang untuk mengundi pada 7 April sambil mengingatkan mereka tentang peranan penting yang telah mereka mainkan semasa tsunami politik pada Mac 2008 serta betapa perlunya mereka mengulangi peranan itu pada 7 April ini.

Para pemimpin Pembangkang, terutama daripada DAP dan PKR, diberi tanggungjawab memikat hati pemilih Cina kerana mereka tidak ingin melihat berulangnya apa yang berlaku semasa pilihan raya kecil Kuala Terengganu awal tahun ini apabila ramai pemilih Cina tidak pulang untuk mengundi kerana ia diadakan lebih kurang seminggu sebelum sambutan tahun Baru Cina.

"Kami bimbang akan berulangnya senario KT. Satu-satunya langkah yang boleh kami ambil sekarang ialah merayu kepada pemilih Cina supaya pulang atau terus berada di kawasan berkenaan untuk mengundi," kata Ketua Penerangan PKR Tian Chua.

Beliau berkata pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu, kekurangan jumlah pengundi Cina yang keluar mengundi telah membantu BN memperoleh lebih banyak undi daripada penduduk Cina di kawasan terbabit, walaupun kerusi itu dimenangi PAS berikutan sokongan padu anggotanya.

Pemilih yang menetap di luar kawasan Kuala Terengganu dikatakan terdiri daripada golongan muda yang kurang menyokong kerajaan atau BN.

Pengarah kempen DAP bagi pilihan raya kecil Bukit Gantang Nga Kor Ming berkata melalui ceramah yang diadakan setiap malam, para pemimpin pakatan Pembangkang menyelitkan rayuan kepada para pemilih supaya terus berada di kawasan itu beberapa hari lagi selepas perayaan Qing Ming bagi membolehkan mereka mengundi.

"Kami merayu kepada ibu bapa mereka atau sanak saudara mereka yang lebih tua supaya memujuk pemilih ini tinggal di situ dua hari lagi bagi menunaikan hak mereka, kata Nga, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pantai Remis dan Anggota Parlimen Taiping.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden Gerakan dan pengerusi Gerakan Perak Datuk Chang Ko Youn mempertikai andaian bahawa kekurangan jumlah pemilih bukan Melayu yang keluar mengundi, akan menguntungkan BN.

Katanya BN juga bimbang tentang kekurangan jumlah pemilih yang keluar mengundi kerana keadaan ini boleh meletakkan parti itu dalam keadaan tidak selesa.

Oleh itu, kata Chang, BN juga mengatur strategi bagi mendorong lebih banyak pemilih Cina yang tinggal di luar kawasan supaya tinggal lebih lama bagi membolehkan mereka mengundi.

"Kami jangka jumlah pemilih yang keluar mengundi adalah lebih rendah dalam mana-mana jua pilihan raya kecil. sebab itulah jentera (pilihan raya BN) diminta memujuk sebanyak mungkin mereka yang menetap di luar kawasan supaya pulang untuk mengundi," katanya.

Bagaimanapun, beberapa ahli strategi politik percaya kawasan Bukit Gantang, yang terletak tidak jauh dari persimpangan keluar masuk Lebuh Raya Utara Selatan di Taiping, membolehkan pengunjungnya mudah membuat perjalanan untuk ke Ipoh, Pulau Pinang atau Kuala Lumpur.

Kebanyakan pemilih yang tinggal di luar kawasan dipercayai bekerja di tempat-tempat itu dan mereka tidak mempunyai masalah untuk pulang mengundi.

Bagaimanapun, ini bergantung kepada sekuat mana semangat mereka untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

BERNAMA

Comments :

0 comments to “PULANG DAN TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com