Pray For MH370

Pray For MH370

KHAIRY DIBEKUSEJUKKAN OLEH NAJIB

Apabila timbalan anda dipilih tetapi anda sebagai ketua dikesampingkan, apa perasaan anda? Mungkin biasa jika anda seorang yang "luar biasa". Ini mungkin salah satu kaedah "halus dan lembut" bagi menyatakan mesej " you ain't wanted, either you lead or you follow, otherwise get out of the way".

Semasa pengundian jawatan dalam pergerakan pemuda , Khairy memperolehi 304 undi berbanding jumlah perwakilan seramai 791 orang. Mukhriz pula memperolehi 232 undi manakala seorang lagi calon Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mendapat 254 undi.

Bagaimana pula perasaan 304 perwakilan pemuda yang telah mengundi Khairy untuk jadi ketua mereka?

Datuk Razali Ibrahim yang memperolehi 417 undi untuk jawatan naib ketua pemuda dilantik sebagai timbalan menteri belia dan sukan.

Mungkin Khairy akan diberi peluang yang mengatasi segala bentuk peluang yang mampu kita fikirkan, yang mampu mengubat segala duka nestapa dan sekaligus mengangkat beliau ke aras yang tidak terjangkau oleh fikiran kita.

Kita telah mengulas perihal Mukhriz dalam posting yang lalu.


Najib tidak mahu Khairy duduk dalam "Pasukan Baru"



KETUA Pergerakan Pemuda Umno yang baru, Khairy Jamaluddin tidak terpilih menganggotai kabinet Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak yang diumumkan petang tadi. Beliau satu-satunya ketua dari sayap parti itu yang tidak terpilih duduk sebaris dalam saf "Pasukan Baru" Najib.

Namun penentangnya pada perebutan jawatan Ketua Pemuda Umno hujung bulan lalu, Dato' Mukhriz Tun Mahathir dikutip menganggotai kabinet sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri membantu Dato' Mustapa Mohamed yang dipindahkan ke kementerian ini.

Paling sadis, Naib Ketua Pemuda Umno, Dato' Razali Ibrahim turut diserap ke dalam "Pasukan Baru" Najib dan dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan membantu Dato' Ahmad Shabery Chik yang dipindahkan dari Kementerian Penerangan.

Ini boleh dilihat sebagai suatu "tekanan" Najib terhadap ketua pergerakan itu, Khairy yang tidak terpilih. Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang kenyataan dari pergerakan itu terhadap "peminggiran" Khairy dalam "Pasukan Baru" Najib yang diumumkan petang tadi.

Apakah gesaan menantu Pak Lah itu sebelum ini, kononnya bersedia untuk tidak dilantik ke kabinet suatu yang ikhlas, terpaksa dibungkam sendiri Khairy apabila Najib tidak membariskannya sebagai salah seorang dari "Pasukan Baru" beliau, sedangkan Khairy adalah Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, sayap paling kanan Umno.

Ini merupakan satu sejarah pergerakan tersebut kerana selama ini ketuanya sentiasa dilantik menganggotai kabinet, yang terakhir ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Adalah dipercayai, tindakan ganjil ini akan akan menimbulkan masalah baru "api dalam sekam" dan "gunting dalam lipatan".

Sementara itu, satu lagi sayap Umno, Pergerakan Puteri diiktiraf oleh Najib apabila Ketuanya yang baru, Datuk Rosnah Rashid Shilin disenaraikan dengan tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri Kesihatan.

Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Kabinet yang diistilahkan sebagai "Pasukan Baru" dengan dianggotai 28 orang sebagai menteri penuh dan 40 yang lain dilantik timbalan menteri.

Secara umumnya, saiz kabinet baru ini yang diistiharkan tujuh hari selepas Najib dilantik Perdana Menteri keenam adalah lebih kecil - hanya terdiri daripada 25 portfolio dengan perubahan banyak melibatkan wakil Umno termasuk dari Sabah dan MCA serta Gerakan.

Tarmizi Mohd Jam/harakahdaily


LAPORAN BERGAMBAR BARISAN MENTERI

Comments :

2 comments to “KHAIRY DIBEKUSEJUKKAN OLEH NAJIB”
badin said...
on 

Assalamualaikum,

Ana tak paham mengapa orang Pas nak jadi batu api untuk mengeruhkan keadaan. Soal lantik & tak lantik ni biarlah urusan orang BN sahaja. Kita tak suka UMNO sebab rasuah,kafir & sebagainya. Tapi kita dok sebok dok cerita perkembangan parti tersebut. Cuba pikir macamana nak memperkukuhkan pas di DUN N45. Supaya di pilihanraya akan datang kita dapat mengekalkan kerusi kita.
Janganlah sibuk kat masalah orang lain.

Wallahualam

nizamtoha said...
on 

Ada betulnye juga pandangan anda.Namun menyerang itu pertahanan yang baik...

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com