Pray For MH370

Pray For MH370

RAKYAT@PENGUNDI@PEMBAYAR CUKAI MATANG, PEDULI SERTA CERDIK

Ikuti laporan Bernama ide, analisis dan pendapat pengamal sains politik serta ahli politik sendiri.

Prof Madya Dr Saliha Hassan (foto kanan), pensyarah pengajian sains politik UKM berpendapat:

"Sebilangan pemimpin politik arus perdana masih lagi berkempen dengan cara lama, memandang rendah, berinteraksi dengan rakyat di kawasan pilihan raya dan menganggap mereka tidak cerdik untuk memahami isu-isu. Tetapi mereka seharusnya menyedari hakikat bahawa kita sekarang ini mempunyai pemikiran bebas tanpa sebarang pengaruh dan pembayar cukai yang bijak sebagai pengundi, ia bukan lagi seperti dalam tahun 70-an di mana rakyat dianggap bersikap tidak peduli dan jahil."

Prof Madya Dr Azahari Ismail (foto kiri) membuat pengamatan:
"Agak sukar menerima hakikat bahawa pengundi Malaysia kini sudah "matang". Kematangan ini bermakna keupayaan untuk berfikir dengan mendalam dan rasional terhadap sesuatu isu selepas mengumpulkan segala fakta dan banyak membaca tentang sesuatu isu."


Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan startegi satu minggu satu kampung bagi memenangi balik hati rakyat. Ini adalah lebih baik dari mengadakan ceramah yang dihadhiri 2000 - 3000 orang.

*Pengundi Kini Lebih Bijak, Kata Ahli Sains Politik


*One Week, One Kampung Strategy To Win Over The People

Pengundi Kini Lebih Bijak, Kata Ahli Sains Politik

Keputusan tiga pilihan raya kecil semalam menunjukkan pengundi masa kini berfikiran bebas tanpa sebarang pengaruh serta pembayar cukai yang bijak, dan aliran sebegini akan terus kekal, menurut seorang pensyarah sains politik.

Prof Madya Saliha Hassan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata rumusan itu mungkin frasa yang diulangi berkali-kali sejak keputusan pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas, tetapi itulah yang gagal difahami kebanyakan pemimpin politik arus perdana.

"Sebilangan pemimpin politik arus perdana masih lagi berkempen dengan cara lama, memandang rendah, berinteraksi dengan rakyat di kawasan pilihan raya dan menganggap mereka tidak cerdik untuk memahami isu-isu.

"Tetapi mereka seharusnya menyedari hakikat bahawa kita sekarang ini mempunyai pemikiran bebas tanpa sebarang pengaruh dan pembayar cukai yang bijak sebagai pengundi, ia bukan lagi seperti dalam tahun 70-an di mana rakyat dianggap bersikap tidak peduli dan jahil," kata pensyarah pengajian sains politik dan strategik di Pusat Sejarah UKM.

Ketiga-tiga pilihan raya kecil yang diadakan serentak semalam menyaksikan status quo dikekalkan apabila Barisan Nasional mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai, di Sarawak; Parti Keadilan Rakyat (PKR) kekal di DUN Bukit Selambau, Kedah dan PAS berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak.

Ditanya sama ada perubahan kepimpinan negara memberi sebarang kesan untuk mempengaruhi pengundi, Saliha berkata ia tidak memberi kesan besar kerana pengundi meletakkan penekanan kepada ciri-ciri dan prestasi calon.

"Pada masa dulu, apabila tiba pilihan raya pemimpin politik akan melawat ke rumah-rumah pengundi dan membaca doa dan makan bersama mereka dan berfikir mereka telah melakukan peranan mereka untuk meyakinkan rakyat.

"Tetapi, pengundi hari ini lebih bijak dalam permainan politik semasa. Mereka melihat latar belakang calon, prestasi masa lalu dan membuat penilaian sendiri terhadap ciri-ciri calon berkenaan," katanya.

Saliha berkata ramai pengundi melihat tindakan kerajaan membebaskan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), termasuk dua pemimpin Hindu Rights Action Force (Hindraf), sebagai "tiada apa yang perlu dihebohkan".

"Ramai rakyat Malaysia percaya mereka yang dibebaskan itu sepatutnya tidak ditahan sejak dari awal lagi, maka mereka berpendapat pembebasan mereka memang sudah sepatutnya.

"Satu perkara lagi, apa yang berlaku di peringkat pusat biasanya jarang mempunyai kesan terhadap kepercayaan dan idealisme mereka yang tinggal di luar bandar," katanya.

Mengenai kemenangan BN di Batang Ai, Saliha berkata gabungan parti pemerintah itu mempunyai formula kemenangan di Sarawak yang boleh dilaksanakan di negeri-negeri lain bagi mencontohi kejayaan di Batang Ai.

"Selagi mereka meletakkan kepentingan rakyat dalam perjuangan mereka, rakyat akan terus mengundi mereka," katanya.

Saliha berkata beliau gembira rakyat Malaysia menjadi semakin kritikal ketika memilih pemimpin mereka dan pada masa sama ahli politik seharusnya bergerak mengikut perubahan masa.

"Aliran pengundi sebegini akan berkekalan, maka kedua-dua pihak seharusnya waspada," katanya.

Sementara itu, Prof Madya Dr Azahari Ismail daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata kurangnya jumlah majoriti ketara yang diperoleh pemenang menunjukkan kedua-dua pihak menghadapi kesukaran untuk menang besar.

Beliau mengakui wujud kesukaran untuk menerima hakikat bahawa pengundi Malaysia kini sudah "matang".

"Kematangan ini bermakna keupayaan untuk berfikir dengan mendalam dan rasional terhadap sesuatu isu selepas mengumpulkan segala fakta dan banyak membaca tentang sesuatu isu.

"Ada orang menyatakan pengundi-pengundi kita kini lebih matang sebagaimana pengundi di negara maju, tetapi masyarakat umum di negara berkenaan lebih celik huruf dan banyak membaca, serta terdedah kepada pendidikan politik.

Beliau berkata rakyat Malaysia masih jauh ketinggalan dalam amalan membaca dan masalah ini perlu ditangani segera.

-- BERNAMA
-------------------------------------------------------------------------------------------------
One Week, One Kampung Strategy To Win Over The People


Negeri Sembilan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan said the one week, one kampung strategy will help win over the peoples' trust in the ruling party.

He said the strategy was part of the state government's political recovery plan introduced last year after Barisan Nasional (BN) was returned to power by a narrow margin.

"Make it a personal campaign by meeting the people at wedding feasts and so on. We only have three years to the next general election," he said when commenting on the BN loss at the Bukit Selambau and Bukit Gantang by-elections yesterday.

Mohamad said this could be done as there were not that many kampungs in each state constituency.

He added the one week, one kampung strategy was better than holding campaigns for 2,000-3,000 people that were no longer suitable.

"The opposition never do much. They can win over the people just by complaining about clogged drains.

"They have managed to create a bad perception of the government by spreading lies. Politics is all about perception."

The menteri besar said the government and media should find a suitable strategy to counter the bad perception and not to be too dependent on hard work.

-- BERNAMA

Comments :

0 comments to “RAKYAT@PENGUNDI@PEMBAYAR CUKAI MATANG, PEDULI SERTA CERDIK”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com