Pray For MH370

Pray For MH370

MUSLIMAT PAS MENARUH HARAPAN TINGGI PADA SHAHRIZAT

LAPORAN Kosmo 30 Oktober 2008
KUALA LUMPUR - Mengejutkan! Sebanyak 257,411 sijil kelahiran yang didaftarkan rupa-rupanya tanpa dicatatkan nama bapa dari tahun 2000 hingga Julai lalu.

Perkara itu didedahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika menjawab soalan lisan R. Sivarasa (PKR-Subang) semasa sesi soal jawab Dewan Rakyat, semalam. Menurutnya, data itu dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ekoran anak-anak yang dilahirkan itu tidak mempunyai sah taraf atau anak luar nikah.

Menteri Wanita digesa basmi masalah sosial


Perlantikan Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sememangnya dijangka oleh Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) ujar, Ketuanya Ustazah Nuridah Salleh. (Foto DS Shahrizat kiri dan Ust Nuridah kanan).

Namun katanya, pengharapan tetap sama supaya pembangunan wanita diutamakan khasnya pembangunan dalam sesebuah keluarga itu sendiri.

Beliau yang dihubungi Harakah Jumaat lepas berkata, ini kerana masalah gejala sosial dalam negara bermula daripada masalah dalam keluarga.

"Keluarga merupakan unit paling kecil dalam sesebuah masyarakat. Kalau keluarga kita baik, masyarakat akan baik, tetapi kalau itu sendiri bermasalah boleh menyumbang masalah kepada masyarakat dan negara.

"Masalah tersebut amat perlu diberikan penekanan oleh Kementerian yang diterajui Shahrizat itu," katanya.

Ujarnya, masalah sosial yang berlaku dalam negara sangat serius.

Contohnya beliau berkata, masalah anak haram seperti mana dilaporkan media sudah mencecah 250 ribu kes.

Peningkatan tersebut dakwanya begitu ketara daripada tahun-tahun sebelumnya.

"Ini menunjukkan masalah gejala sosial sangat mencemaskan negara," ujarnya.

Oleh sebab itu kataya, beliau tidak meletakkan harapan yang besar kepada pihak kementerian atau Umno dan Barisan Nasional selagi mereka tidak keluar daripada identiti partinya.

Dalam pada itu, katanya, DMPP akan hanya memberi sokongan sekiranya Shahrizat menjalankan tugas dengan baik.

"Apa yang baik Muslimat Pas akan memberi sokongan tapi benda yang tidak elok itu kita akan terus memberi teguran yang sepatutnya," katanya.

Menyentuh mengenai perlantikan sepuluh wanita dalam barisan kabinet baru yang diumumkan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak pada 9 April lalu, katanya ia dilihat lebih baik daripada sebelum ini.

Namun katanya, mereka yang dilantik perlu menunjukkan kewibawaan dan tidak menyalahgunakan kuasa seperti rasuah dan sebagainya.

mns/Roy Rasul/harakahdaily

Comments :

0 comments to “MUSLIMAT PAS MENARUH HARAPAN TINGGI PADA SHAHRIZAT”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com