Pray For MH370

Pray For MH370

KEPUTUSAN PRK MANEK URAI BAKAL DIPETISYENKAN OLEH BN KELANTAN












BN Kelantan akan fail petisyen


KUALA KRAI: Barisan Nasional (BN) Kelantan akan memfailkan petisyen terhadap keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang menyaksikan parti itu tewas dengan majoriti tipis 65 undi kepada Pas.

Pengerusi BN Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed, berkata beliau akan berbincang dengan calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat dan penasihat undang-undang parti serta mengkaji segala bukti sebelum menentukan bentuk tindakan yang hendak diambil.

“Berhubung provokasi berlaku, kami akan bincang dengan peguam yang akan memfailkan petisyen. Kami akan kumpul bukti kesalahan Pas, termasuk mereka masih melakukan kempen pada hari mengundi.

“Penyokong Pas melakukan provokasi di tempat mengundi dengan budaya samseng mereka, sesuatu yang jelas menyalahi peraturan pilihan raya,” katanya sejurus pengumuman keputusan pilihan raya kecil itu, malam kelmarin.

Mustapa berkata, berikutan kekalahan BN dalam pilihan raya kecil itu, Kerajaan Pusat kini tidak terikat dengan janji menjadikan Manek Urai anak emas dan membina jambatan baru bernilai RM7 juta menghubungkan Manek Urai Baru dan Lama seperti yang dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, jika BN menang.

“Rakyat sudah membuat pilihan, justeru, Kerajaan Pusat tidak harus dipersalahkan. Namun, ia tidak bermakna kita lari daripada tanggungjawab, Kelantan tetap mendapat pembelaan Kerajaan Pusat dengan projek yang dirancang dan diteruskan,” katanya.

Berita Harian Online

Comments :

0 comments to “KEPUTUSAN PRK MANEK URAI BAKAL DIPETISYENKAN OLEH BN KELANTAN”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com