Pray For MH370

Pray For MH370

PENCEROBOHAN TANAH KERAJAAN DI PULAU KETAM

KENYATAAN MEDIA

KES PEMBINAAN HARAM DI TANAH KERAJAAN DI PULAU KETAM



Selaku Adun Selat Klang, saya telah menerima aduan dari daripada penduduk Pulau Ketam melalui JKKK yang risau dan bimbang dengan aktiviti pembinaan sebuah restoran di atas sekeping tanah yang berhampiran dengan helipad yang digunakan oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor. Ekoran itu, satu laporan polis telah dibuat oleh Ketua Kampung Pulau Ketam bertarikh 9/7/09 yang lalu.

Saya telah meminta Pejabat Tanah Klang untuk memberi penjelasan tentang kes ini dengan kadar segera. Ekoran itu, Pejabat Tanah telah menyatakan tiada kelulusan daripada mereka untuk sesiapa pun menggunakan tanah tersebut (TOL).

Sehubungan itu, saya telah meminta Pejabat Tanah Klang untuk mempastikan pembinaan haram itu dihentikan serta merta kerana:

1) Tidak mendapat kelulusan daripada kerajaan.

Ekoran itu notis supaya mengosongkan tanah telah dikeluarkan oleh Pejabat Tanah pada 15/5/09 dan amaran akan meroboh jika gagal.

2) Kawasan yang diterokai ini adalah untuk kegunaan DYMM Sultan serta kes kecemasan yang memerlukan pengangkutan udara.

Justeru itu, di sini saya menyeru pihak yang telah menceroboh kawasan ini supaya menghentikan pembinaan haram ini kerana perbuatan itu boleh mengundang kemurkaan DYMM dan kemarahan semua pihak.

Kerajaan negeri Selangor sentiasa menggalakkan perniagaan dan pelaburan di negeri ini namun mereka perlu mengikut undang-undang dan peraturan yang ada dan mengambilkira kepentingan awam.

Dr. Halimah Ali
Adun Selat Klang serta Pengerusi Tetap Pendidikan Tinggi, Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan Selangor.

Comments :

0 comments to “PENCEROBOHAN TANAH KERAJAAN DI PULAU KETAM”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com