Pray For MH370

Pray For MH370

PASUKAN GUSTI WANITA MALAYSIA BAKAL DITUBUHKAN



Jenayah pelajar perempuan naik

KUALA LUMPUR: Kajian Institut Sosial Malaysia (ISM) mendapati, kes salah laku jenayah di kalangan pelajar perempuan meningkat dalam tempoh tiga tahun sejak 2005.

Pengarah ISM, Prof Dr Mohamed Fadzil Che Din, berkata peningkatan itu membimbangkan kerana jumlah kes bertambah kepada 673 pada 2007 berbanding 523 kes pada 2006 dan 514 kes (2005).

Bagaimanapun, katanya pelajar lelaki kekal sebagai golongan paling ramai melakukan kesalahan jenayah iaitu 6,090 pada 2007 berbanding 5,423 kes pada 2006.

Katanya, pada 2001, kes salah laku jenayah membabitkan pelajar perempuan sebanyak 100 dan ia meningkat kepada 600 kes dalam tempoh enam tahun.

“Pembabitan pelajar perempuan dalam salah laku jenayah memberi amaran kepada semua pihak supaya mengambil tindakan wajar kerana dikhuatiri akan terus meningkat.

“Pelajar perempuan sering dikaitkan sebagai golongan mematuhi disiplin serta tekun dalam bilik darjah dan dilihat mula terkeluar daripada norma hidup apabila turut terbabit dengan jenayah yang lazimnya membabitkan pelajar lelaki,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohamed Fadzil berkata, pelajar perempuan berdepan krisis identiti apabila mencecah usia remaja dan dalam proses mencari itu ada antara mereka berdepan kekeliruan yang disebabkan pendedahan kepada beberapa unsur.

Katanya, sebagai contoh, aksi lasak dan ganas yang ditonjolkan dalam filem mempengaruhi perlakuan mereka dan pelajar perempuan akan melakukan perbuatan yang dilihat betul seperti bergaduh dan pukul, manakala idola bersifat kasar dan ganas menjadi ikutan.

“Kajian juga mendapati, pelajar perempuan yang terbabit dengan kes jenayah berpunca tekanan dan dorongan serta cabaran rakan sebaya

“Rakan sebaya adalah golongan yang paling rapat dan pengaruh rakan lelaki juga menyumbang kepada salah laku jenayah,” katanya.

Sifat pelajar perempuan kata Mohamed Fadzil, cuba menguasai dan mereka lebih berani apabila berkumpulan, termasuk mencari rakan untuk melakukan kesalahan bersama.

Paling jelas, beliau berkata, pelajar perempuan tidak akan melakukan kesalahan antaranya ponteng sekolah, vandalisme dan penyalahgunaan dadah berseorangan kerana perbuatan secara berkumpulan lebih selamat.

Katanya, pelajar perempuan tidak akan terjebak dengan salah laku jenayah jika mereka mendapat perhatian serta didikan yang betul di rumah.

Utusanonline
=================================================================================
Tiga pelajar paksa gusti sudah digantung sekolah

Pengurusan ambil tindakan sejak pertengahan bulan lalu

KUALA TERENGGANU: Tiga pelajar perempuan Tingkatan Dua sebuah sekolah menengah di Dungun dekat sini, yang bertindak menampar, menumbuk muka dan menyepak seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu di sebuah surau di Kampung Ketengah Jaya, bulan lalu, sudah dikenakan tindakan gantung sekolah.

Tindakan itu diambil pengurusan sekolah sejak pertengahan bulan lalu selepas menjalankan siasatan berdasarkan maklumat kejadian itu yang disebarkan melalui internet dan telefon bimbit.

Bagaimanapun, pengurusan sekolah terbabit tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, yang mengesahkannya semalam, berkata polis menjalankan siasatan berhubung kejadian itu selepas mangsa membuat laporan polis, kelmarin.

"Polis akan mengambil keterangan lima pelajar perempuan terbabit. Tiga daripada mereka ialah pelajar Tingkatan Dua, yang didakwa dalang kejadian itu.

"Dua lagi pelajar termasuk seorang yang menjadi mangsa," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Akhbar semalam melaporkan seorang pelajar Tingkatan Satu sebuah sekolah menengah di daerah Dungun, membuat laporan polis selepas adegan dia dibelasah rakan karib dalam satu kejadian bulan lalu disebar secara meluas melalui internet dan telefon bimbit.

Mangsa berusia 13 tahun itu membuat laporan polis kerana malu apabila adegan bergusti dirakam tiga pelajar perempuan lain terus disebarkan melalui telefon bimbit, walaupun kejadian terbabit berlaku pertengahan bulan lalu.

Mohd Fauzi berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana bergaduh sehingga mendatangkan kecederaan.

"Polis tidak menolak kemungkinan punca kejadian itu kerana cemburu berikutan mangsa popular di kalangan guru. Mangsa juga seorang pelajar cerdas dan sering mendapat pujian guru, selain dilantik sebagai ketua kelas," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd Rahman, berkata Jabatan Pelajaran diarah mengemukakan laporan lengkap berhubung kejadian itu bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.

Berita Harian online

=====================================================================================

Polis rampas telefon bimbit rakam adegan gaduh

KUALA TERENGGANU: Polis semalam merampas sebuah telefon bimbit yang digunakan untuk merakam adegan dua pelajar perempuan Tingkatan Satu sebuah sekolah menengah di Dungun, dipukul dan bergusti serta disebarkan menerusi internet.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, berkata telefon bimbit milik seorang pelajar terbabit akan dihantar ke bahagian forensik Bukit Aman untuk siasatan lanjut.

Katanya, polis sudah mengambil keterangan enam orang, termasuk mangsa bersama rakannya untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian itu.

Beliau berkata, pihaknya juga akan mengambil keterangan daripada pengetua sekolah terbabit.

"Keterangan berkenaan perlu untuk melengkapkan siasatan polis sebelum dihantar kepada Pejabat Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan lanjut," katanya, di sini, semalam.

Mohd Fauzi berkata, siasatan kes itu membabitkan dua pertuduhan iaitu di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Multimedia kerana merakam gambar untuk disebar pada umum.

Beliau berkata, polis mengenal pasti empat pelajar perempuan Tingkatan Dua termasuk seorang yang bertindak merakam pergaduhan itu.

Berita Harian Online

Comments :

1
Insaflah said...
on 

Semoga negara kita aman dan damai.

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com