Pray For MH370

Pray For MH370

KERTAS UNDI POS KOSONG DISERAHKAN KEPADA TENTERA

Undi pos: PAS buat lagi laporan polis

PAS membuat laporan polis malam tadi mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menyerahkan 70 kertas undi pos kepada pihak tentera.

Laporan tersebut dibuat oleh wakil calon PAS, Ramli Ismail di ibupejabat polis Port Dickson kira-kira jam 12 tengah malam tadi.

Apabila pengundian pos di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) berakhir kelmarin, seramai 1,807 daripada 1,877 anggota tentera yang layak mengundi, telah mengundi.

Selebihnya, termasuk 2,694 lagi merupakan pengundi pos yang tinggal di luar kem, serta 31 anggota polis dan dua pengundi yang berada di luar negara.

Ketika dihubungi hari ini, Ramli mendakwa 70 kertas itu diserahkan kepada pihak tentera pada jam 5.45 petang semalam.

Sepatutnya, kata beliau, 70 kertas undi dikembalikan kepada SPR.

"Untuk apa diserahkan kepada pihak tentera. Apa tujuannya?" katanya kepada Malaysiakini.

Terdapat 13,994 pemilih, termasuk 4,604 pemilih pos, yang layak mengundi dalam pilihanraya kecil kali ini.

Sementara itu, pengerusi jawatankuasa undi pos Dewan Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat pula berkata, tindakan menyerahkan 70 kertas undi itu kepada pihak tentera menimbul kecurigaan.

Jimadie Shah Othman/malaysiakini

Comments :

3 comments to “KERTAS UNDI POS KOSONG DISERAHKAN KEPADA TENTERA”
Anonymous said...
on 

Dah lama SPR ni menipu rakyat YB. Mari kita teruskan perjuangan memansuhkan undi POS.
Selagi kita belum berjaya menghapuskan undi pos selagi itu kita teruskan perjuangan ini.

Abang Long said...
on 

Komentar sekitar program HARI RAYA DUN Selat Klang.

Anonymous said...
on 

lepas gerakan mansuhkan ppsmi.. gerakan hapuskan isa then lepas nie gerakan hapuskan undi pos...

hahaha.. so bila nak buat nie.... buat sebelum election akan dtg.. cepat..

lawan tetap lawan

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com