Pray For MH370

Pray For MH370

RAKYAT DIUTAMAKAN, PEMBAZIRAN DIELAKKAN

Bajet Selangor: Dengar pandangan akar umbi, utamakan luar bandar


SHAH ALAM, 13 Okt: Mengambil kira pentingnya pandangan pelbagai lapisan akar umbi sebelum membentangkan Bajet, Kerajaan Negeri Selangor menganjurkan 'Majlis Dialog Bajet 2010' untuk mendapatkan idea bernas dan maklum balas daripada semua pihak.

Majlis yang telah dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC Convec) selama dua hari (12 Oktober - 13 Oktober) bermula semalam dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang.

Khalid ketika berucap diperasmian itu berharap majlis dialog ini akan melahirkan satu usaha dan kerjasama yang erat di kalangan semua pihak, ke arah perbelanjaan berhemah dan seterusnya menyumbang ke arah peningkatan hasil negeri yang lebih memberangsangkan.

Katanya Kerajaan Selangor berusaha menyediakan bajet seimbang untuk 2010, selain memberi keutamaan terhadap pembangunan luar bandar.

"Kita akan berusaha melaksanakan pembangunan luar bandar yang stabil sebagai sebahagian daripada usaha untuk memastikan semua daerah di Selangor mencapai taraf bandar dalam tempoh 30 tahun akan datang.

"Pembangunan luar bandar amat penting bagi masa depan Selangor dan oleh itu, pelbagai persediaan perlu dibuat sekarang bagi meningkatkan kualiti kehidupan di kawasan berkenaan.

"Pembangunan luar bandar dalam Selangor adalah penting pada masa depan, maka pelbagai persiapan perlu dilaksanakan mulai sekarang bagi mempertingkatkan kualiti hidup di kawasan luar bandar," kata beliau dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Dialog Bajet 2010 di SACC Convec dekat sini pagi semalam.

Dalam ucapannya itu Khalid turut memetik satu ayat daripada surah Saba sebagai renungan untuk hadirin dan juga rakyat Selangor khususnya supaya menjadikan negeri ini sentiasa indah, makmur dan aman di samping mendapat keredhaan dan keampunan daripada Allah SWT.


Dalam pada itu Kerajaan negeri juga kata Khalid bercadang menyediakan bajet berimbang walaupun bakal berhadapan dengan defisit bagi tahun kewangan semasa.

Katanya lagi kerajaan negeri sedang berbincang dengan beberapa pihak berkenaan, termasuk anggota Dewan Undangan Negeri, majlis tempatan, institusi kewangan, pemegang kepentingan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi merangka bajet yang bercirikan pendapatan-perbelanjaan untuk tahun depan.

Majlis dialog anjuran kerajaan negeri ini bertujuan menghasilkan draf belanjawan berhemah dan selaras dengan dasar "Merakyatkan Ekonomi, Melestarikan Komuniti" yang bakal dibentangkan dalam Persidangan Dewan Negeri Selangor bulan hadapan.

Majlis itu merangkumi tiga sesi taklimat khusus, iaitu topik berkaitan kedudukan ekonomi semasa, Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor dan Pelaksanaan Projek-projek Kecil di Luar Bandar yang menjurus kepada elemen-elemen penyediaan dan perancangan Bajet 2010 dijangka dibentangkan semasa Mesyuarat Ketiga (Bajet 2010) Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Kedua Belas pada 9 - 17 November 2009.

Majlis yang dianjurkan oleh Perbendaharaan Negeri Selangor ini, bertujuan untuk menyediakan satu forum di mana wujudnya komunikasi dua hala secara langsung di antara pihak penggubal dasar dan pihak yang terlibat di peringkat akar umbi.

Ia melibatkan penyertaan kira-kira 450 orang peserta melalui jemputan, yang terdiri daripada barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), Ahli-ahli Dewan Negeri, Ahli-ahli Parlimen, Orang-orang Besar Daerah, Pegawai-pegawai Daerah, Datuk Bandar/Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Selain itu, sebahagian daripada Ahli-ahli Majlis PBT, Ahli-ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) termasuk Kampung Baru/ Bagan/Tersusun, wakil-wakil daripada Institusi-institusi kewangan, wakil-wakil Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, dan wakil-wakil daripada anak-anak syarikat di bawah Menteri Besar (Perbadanan) turut hadir.

Azamin Amin/HARAKAHDAILY//SELANGORKINI

Comments :

0 comments to “RAKYAT DIUTAMAKAN, PEMBAZIRAN DIELAKKAN”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com