Pray For MH370

Pray For MH370

Atasi Pengundi Ragu Dengan Mengundi Awal Kekalkan Selangor Tukar Putrajaya



Rakyat Selangor Disaran Turun Mengundi Atasi Pengundi Ragu



SHAH ALAM, 4 MEI : Peluang Pakatan Rakyat (PR) untuk kekal mentadbir Kerajaan Negeri adalah cerah sekiranya semua rakyat Selangor keluar mengundi esok bagi mengatasi kehadiran pengundi ragu.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, jika majoriti rakyat yang mengundi adalah besar, maka peratusan pengundi ragu untuk mengganggu proses pilihan raya di sesebuah kawasan dapat dikurangkan.
 


Menurutnya, ia disokong melalui beberapa kajian yang menunjukkan peratusan PR untuk menawan Putrajaya dan memenang semula di Selangor adalah tinggi.

“Kita minta rakyat turun beramai-ramai dan memilih parti yang mereka ingini.

“Jika peratusan yang keluar mengundi adalah besar, maka sebarang penipuan tidak akan berhasil,” katanya.
Beliau berkata, persaingan antara PR dengan Umno-BN juga dijangka sengit pada Pilihan Raya Umum Ke -13 kali ini berbanding 2008.
 
Bagaimanapun beliau yakin rakyat akan lebih memihak kepada PR berdasarkan sambutan menggalakkan yang diterima gabungan itu baik di Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak.

Katanya, keyakinan PR untuk menang kali ini disebabkan keupayaan menampilkan calon yang lebih berwibawa untuk bersaing dengan calon Umno-BN. “Harapan rakyat untuk membuat perubahan kepada kerajaan kepimpinan yang baru adalah baik dan jika ini berlaku ia akan menjadi sejarah politik Malaysia.











 


“Selama ini hanya satu parti sahaja yang mendapat kuasa politik dan dibiarkan mentadbir negara dengan begitu lama tanpa ada pilihan yang lebih baik,” katanya lagi.

Comments :

0 comments to “Atasi Pengundi Ragu Dengan Mengundi Awal Kekalkan Selangor Tukar Putrajaya”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com