Pray For MH370

Pray For MH370

Dari Manifesto Menjadi Ikrar, Kini Aku Janji Pula

SHAH ALAM, 1 MEI: Umno-BN didapati tidak menepati janji yang dibuat dalam manifesto 2008 meskipun menang dalam Pilihan Raya Umum Ke- 12  (PRU 12) itu.


Menurut pensyarah Jabatan Ilmu Wahyu dan Ilmu Kemanusiaan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Maszlee Malik, keadaan ini berbeza dengan Pakatan Rakyat (PR) yang kali pertama membentuk manifesto bersama. Dr Maszlee turut menyenaraikan janji Manifesto PRU-12 yang gagal ditepati oleh BN.

Antara kegagalan BN menepati janji termasuklah kegagalan menangani kesan kenaikan harga barang bagi menjamin kualiti hidup rakyat yang bermutu dan menjana 2 juta peluang perkerjaan yang masih kekurangan 800,000 dari angka yang disasarkan.

Malahan, menurut Dr Maszlee, kualiti 1.8 juta peluang perkerjaan yang dijana BN itu juga boleh dipertikaikan samada benar-benar mempunyai kualiti yang dijanjikan.

Mengurangkan defesit fiskal negara; kenyataanya 2009 defisit RM362 bilion, 2010 RM407 bilion, 2011 RM456 bilion. Janji ditepati tak? Adakah boleh nak percaya 2013 punya (manifesto), saya tak tahu.
“Tentang agama; membina persefahaman lebih baik tentang Islam kepada semua rakyat melalui Islam. Melalui Perkasa ke? Zul Noordin ke? Atau melalui Ibrahim Ali? atau melalui Chua Soi Lek?” kata Dr Maszlee lagi.

Janji lain dalam manifesto yang turut gagal ditepati seperti mengurangkan indeks jenayah negara yang gagal memberi persepsi perasaan selamat kepada masyarakat dan janji mentangani isu kedatangan pendatang tanpa izin yang semakin meruncing kebelakangan ini.

“Urus tadbir kerajaan; BN berjanji dalam 2008 akan memerangi rasuah tanpa gentar tanpa memilih kasih. Lingam mana pergi? Taib Mahmud… SPRM tak layak, apa cerita? Sharizat dan banyak isu rasuah lain.

Menyediakan pengangkutan awam bermutu dan mengurangkan kesesakan lalu lintas, tetapi kesesakan lalu lintas masih teruk, pengangkutan awam juga teruk dimonopoli syarikat-syarikat tertentu.
“Pendekatan ‘Kelantan Baru, Kelantan Maju’ bagi penduduk negeri itu. Royalti apa cerita? Ujar Dr Maszlee ketika menjadi panelis dalam Wacana Sinar, ‘Manifesto PRU-13: BN VS PR di Auditorium Karangkraf semalam.

Selain itu BN turut gagal merealisasikan janji untuk mengurangkan kadar kemiskinan ke 2.8 peratus menjelang 2010 dan menyediakan rumah mampu milik yang secukupnya kepada rakyat sehingga menyebabkan BN terpaksa berjanji semula dalam manifesto PRU-13.-Nazli Ibrahim/SelangorKu

Comments :

0 comments to “Dari Manifesto Menjadi Ikrar, Kini Aku Janji Pula ”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com