Pray For MH370

Pray For MH370

Tak Dimanifestokan Namun Diwujudkan, Cakap Serupa Bikin

Sungguh beruntung warga Selat Klang kerana kini memiliki dua perpustakaan, satu di Flet Sri Perantau dan yang terbaru di Sungai Udang. Terima kasih kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor (PPAS) yang begitu prihatin dengan kepentingan ilmu serta membina prasarana yang memudahkan budaya ilmu, mencegah budaya tidak sihat dan sekaligus membina tamaddun umat.

Perpustakaan Multi Fungsi RM1 Juta Di Klang

KLANG 1 MEI : Selaras dengan usaha Kerajaan Negeri yang mahu ‘merakyatkan ilmu’ untuk penduduk Selangor, sebuah lagi Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) di buka di Sungai Udang, di sini.


PPAS yang multi fungsi dua tingkat itu menelan belanja RM1 juta dan turut dilengkapi wifi percuma, komputer, bilik belajar dan bilik seminar yang mampu memuatkan 100 orang dalam satu masa selain taman permainan di sudut luarnya.


Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata inisiatif itu dilakukan agar penduduk Selat Klang dapat memartabatkan ilmu.

Katanya, Kerajaan Negeri sentiasa memberi ruang kepada pelbagai lapisan rakyat agar tidak ketinggalan dalam pembangunan sumber ilmu.

“Kita bina sebab tidak mahu anak-anak menghabiskan masa di cyber cafe seperti aduan yang saya terima dari ibu bapa.
MB lancar perpustakaan sg undang 02“Kita bina bangunan ini multifungsi sebab kita tidak mahu konsep perpustakaan uzur macam sebelum ini, kalau kita buat macam itu orang lalu pun tidak mahu masuk,” katanya dalam ucapannya dalam majlis perasmian PPAS itu.

Majlis Perasmian itu disempurnakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Hadir sama Pengarah PPAS negeri, Mastura Mohamad. Sementara itu, Abdul Khalid berharap penduduk di kawasan sekitar dapat memanfaatkan kemudahan itu dengan sebaiknya.

“Kita sudah bina dengan konsep santai keluarga, kita harap penduduk dapat menimba ilmu secara berterusan selaras dengan konsep menjadikan negeri Selangor sebagai negeri ilmu,” katanya.
PPAS Sungai Udang itu merupakan PPAS yang kesembilan dibina di negeri Selangor.- Norhayati Umor/Selangorku
_

Comments :

0 comments to “Tak Dimanifestokan Namun Diwujudkan, Cakap Serupa Bikin”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com