Pray For MH370

Pray For MH370

TULISAN JAWI DIBERI PENEKANAN KATA MB SELANGOR

Tangan-tangan kotor yang telah merobek dan mengoyak satu-satunya syiar Islam yang mana dengannya seseorang itu dapat mengeja dan membaca ayat-ayat suci Al Quran telah disempurnakan oleh kerajaan BN beberapa tahun yang lalu dan majoriti rakyat Malaysia hanya membisu atau buat pura-pura tak mahu tahu. Jikalau adapun ia tidak memberi makna apa-apa kepada jutaan umat Islam di Malaysia. Mereka kini sibuk bercakap tentang ketuanan Melayu yang mana ketuanan yang sekian lama mereka nikmati telah disalahgunakan. Allah telah memberi amaran dalam Al Quran yang bermaksud

"
(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya dia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal) dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertakwa dan berderma) Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu." 38:47


Amaran Allah swt lagi:

"Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain?" (6:6)

Seterusnya Allah swt memerintahkan:
"Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan." (22:41)


Abdul Khalid mahu sekolah agama beri penekanan tulisan Jawi



tokohguru.jpg
Abdul Khalid bersalaman dengan guru-guru yang hadir di Majlis Sambutan Hari Guru Jabatan Agama Islam Selangor di Shah Alam, semalam.


Sumber Agenda Selangor
SHAH ALAM, Sabtu 17 Mei :
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu semua sekolah agama di Selangor memberikan penekanan terhadap penguasaan tulisan jawi di kalangan pelajar-pelajarnya.

Menurutnya, apabila seseorang itu mengenali tulisan Jawi mereka juga mampu memahami Bahasa Arab yang asasnya ialah tulisan Jawi serta boleh membaca al-Quran.

”Ini (penekanan tulisan Jawi) boleh dilakukan dengan menambah satu kelas khas subjek itu di sekolah agama,” katanya katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Guru Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) 2008 di sini, hari ini.

Abdul Khalid berkata, tulisan jawi perlu dikuasai memandangkan ia merupakan satu aspek kebudayaan dan memperlihatkan cara pemikiran masyarakat Melayu yang diwarisi dari generasi terdahulu.





"Kita mahu tulisan Jawi dikuasai oleh orang Melayu kerana ia identiti dan membantu dalam beberapa aspek kehidupan termasuk membantu kita memahami dan membaca al-Quran dengan lebih baik." katanya.

Menurutnya, Orang Melayu sepatutnya mempertahankan tulisan Jawi serta akhbar Jawi tetapi kini tiada lagi akhbar tersebut kerana ramai tidak tahu serta tidak minat tulisan Jawi.

"Masyarakat India dan Cina walaupun tidak ramai tetapi mereka mempunyai banyak akhbar dan semuanya sukses," katanya.

Abdul Khalid turut menyampaikan hadiah kepada dua tokoh guru sekolah agama JAIS iaitu Ismail Ibrahim dari Sabak Bernam bagi kategori lelaki dan Jama'aiah Boyok dari Sepang (wanita).

Kedua-dua tokoh guru itu dipilih kerana dedikasi mereka dalam bidang pendidikan sejak 30 tahun lalu dan masih aktif sehingga kini walaupun telah bersara.


Hadir sama di majlis itu Speaker Dewan Undangan Negeri, Teng Chang Khim dan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa.

Comments :

0 comments to “TULISAN JAWI DIBERI PENEKANAN KATA MB SELANGOR”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com