Pray For MH370

Pray For MH370

BADAN KHAS SELANGOR KAJI PROJEK USAHASAMA

Beginilah caranya UMNO/BN "jual" negara ini dengan memberi tanah kepada syarikat swasta milik suku sakat dan kroni menggunakan mekanisme JV atau usahasama. Begini jugalah "modus operandi" duit atau harta negara (baca rakyat) disedut ("siphon") ke tempat lain masuk akaun pemimpin UMNO/BN. Inilah kaedahnya kenapa projek mega dan raksaksa amat diminati oleh pemimpin UMNO/BN kerana mudah dapat RM. Beginilah caranya tanah rezab Melayu dipindah milik dan kemudian ditukar syarat serta dipecah lot kepada tanah pembangunan dan dijual dengan harga melambung tinggi. Pemimpin UMNO/BN dapat komisyen atau untung atas angin.


Inilah yang dimaksudkan dengan DEB atau Dasar Ekonomi Baru terjemahan UMNO/BN iaitu pemimpin UMNO/BN mudah dapat modal, peluang berniaga, projek, JV, MOU dan berbagai-bagai cara lagi yang menjadikan mereka cepat kaya. Kalau ada lebih baru rakyat dapat manfaat yakni "overflow effect" dan "trickling effect"- kesan melimpah dan menitis.Menurut YAB MB Selangor “PNSB yang beri ‘tanah pawah’ ini seluas 12,007 ekar dengan 62 projek usaha sama membabitkan nilai pembangunan lebih RM35 billion tetapi kerajaan hanya dapat RM1.2 billion sahaja"

Selangor tubuh badan khas kaji projek usahasama

SHAH ALAM 22 Mei - Kerajaan negeri akan menubuhkan badan khas bagi mengkaji semula projek pembangunan secara usahasama antara anak syarikat kerajaan negeri dan swasta yang berjumlah RM36 bilion.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, penubuhan badan khas itu diwujudkan sebagai satu usaha kerajaan negeri mengawal projek pembangunan di bawah konsep tanah pawah kerana ia membabitkan kos serta risiko yang tinggi.

Malah katanya, kerajaan negeri juga tidak lagi mengadakan perjanjian usahasama dengan syarikat swasta sekiranya ada perjanjian yang ditandatangani sebelum ini masih belum diselesaikan.

Menurutnya, menerusi badan khas itu, ia membolehkan kerajaan menjalankan kajian teliti terhadap pembangunan seumpamanya kerana ia membabitkan nilai yang tinggi tetapi mendatangkan pulangan sedikit kepada kerajaan negeri sebelum ini.

"Ini kerana memberi kuasa kepada syarikat swasta terhadap tanah milik kerajaan negeri telah mendatangkan masalah apabila ada projek yang dibangunkan terbengkalai dan kerajaan negeri pula yang terpaksa menanggung beban dan masalah.

"Malah, ada syarikat swasta pula melarikan diri manakala ada yang lebih bermasalah lagi apabila tiada maklumat terperinci mengenai syarikat swasta ini," katanya selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Sebelum itu, Abdul Khalid ketika menjawab soalan Amirudin Shari (PKR-Batu Caves) berkata, sehingga kini, kerajaan negeri dan syarikat swasta bekerjasama membangunkan tanah seluas 4,800 hektar membabitkan 62 projek pembangunan dengan nilai RM36 bilion.

Sebaliknya, beliau berkata, projek usahasama itu hanya memberi keuntungan kepada kerajaan negeri sebanyak RM1.2 bilion.

Menerusi konsep tanah pawah itu, kerajaan negeri menerusi Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) memberi tanah untuk dimajukan, dengan kerajaan negeri mempunyai pegangan ekuiti 30 peratus manakala syarikat swasta sebanyak 70 peratus.

Sambil memberikan contoh, Abdul Khalid menjelaskan projek Sepang Gold Coast seluas 848.4 hektar tetapi hanya 416.4 hektar yang dimajukan dengan projek bernilai RM3 bilion manakala PNSB memperoleh pulangan sebanyak RM65 juta.

Abdul Khalid berkata, projek PNSB dengan Lebar Daun untuk membina pusat beli belah, pejabat dan kediaman dengan anggaran nilai pembangunan RM600 juta dan PNSB mendapat pulangan sebanyak RM19.5 juta.

Comments :

0 comments to “BADAN KHAS SELANGOR KAJI PROJEK USAHASAMA”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com