Pray For MH370

Pray For MH370

ANAK TUN DR MAHATHIR ISYTIHAR KELUAR UMNO

Dato' Mokhzani bin Tun Mahathir, orang yang pernah tersenarai nombor ke 28 terkaya di Malaysia 2007, hari ini mengikut jejak langkah ayahnya dengan mengumumkan keluar dari UMNO. Beliau yang juga Pengerusi Litar F1 Sepang, pernah menjawat jawatan bendahari Pemuda UMNO. Kita tunggu dan lihat bagaimana dengan tindakan Mirzan, Marina dan Mukhriz.



Mokhzani umum keluar Umno

Harakahdaily
Wed | May 21, 08 | 12:01:15 pm MYT

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Hrkh) - Dato' Mokhzani Mahathir, 47, mengumumkan keluar dari Umno pagi ini, dua hari selepas bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad meninggalkan parti tersebut.

Beliau bukan sahaja aktif dalam Umno, malah pernah memegang jawatan sebagai bekas bendahari pemuda Umno.

Anak kedua bekas Perdana Menteri itu pernah disenaraikan di tangga ke-28 sebagai individu terkaya di Malaysia pada 2007 oleh majalah Forbes.

Mokhzani juga merupakan Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang.

Sementara itu, semalam Ahli Parlimen Jerlun, Dato' Mukhriz Mahathir mendesak Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya meletakkan semua jawatan - presiden, perdana menteri dan pengerusi Barisan Nasional (BN).

Beliau membuat desakan tersebut dalam satu sidang akhbar di ibu negara lewat petang semalam.

Mukhriz bagaimanapun berkata beliau tidak akan mengikut jejak langkah bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad dan ibunya Tun Siti Hasmah Mohd Ali keluar daripada Umno.

Beliau yang juga exco Pemuda Umno berkata beliau akan menjelajah ke seluruh negara untuk mendesak Abdullah supaya meletakkan semua jawatan tersebut.

Beliau juga mendakwa, mendapat sokongan semua peringkat, termasuk kalangan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno.

Dalam pada itu Bernama melaporkan, Timbalan Ketua Umno Bahagian Merbok Dato' Tajul Urus Md Zain melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Mokhzani itu tetapi menjelaskan bahawa ia tidak memberi sebarang kesan terhadap kepimpinan Umno bahagian itu kerana beliau hanyalah seorang anggota biasa dari Umno Cawangan Sungai Layar Hujung.

"Beliau tidak lagi aktif selepas tempoh jawatannya sebagai Ketua Pemuda bahagian berakhir pada penggal lepas," katanya.

Katanya Umno Bahagian Merbok telah menerima sepucuk surat mengenai hasrat Mokhzani untuk keluar parti pagi tadi dan menganggap ia adalah hak peribadi Mokhzani.

Tajul Urus berkata seorang lagi anggota Umno dari Bahagian Merbok yang juga Ketua Umno Cawangan Jalan Badlishah Mejar (B) Anuar Abdul Hamid, turut meninggalkan parti itu.

Katanya Anuar telah menghantar sepucuk surat untuk keluar dari Umno hari ini.

Tajul Urus berkata Anuar adalah Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian yang dilantik.

"Umno Bahagian tidak mempunyai sebarang masalah dengan tindakan kedua-dua mereka keluar dari parti kerana setakat ini tiada sesiapapun yang mengikuti langkah mereka," katanya. - mks




























Terkini, klik untuk perkembangan mutakhir Tun DRM
http://thestaronline.tv/default.aspx?vid=1395







mahathir leaves


"Bye bye UMNO. You're a sinking ship. You're no longer relevant. See you later if you survive the ordeal".

Comments :

1
lan said...
on 

umno is sinking. lekas lompat dari kapal titanic!!!

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com