Pray For MH370

Pray For MH370

PILIHAN RAYA UMUM MUNGKIN BERLAKU

Ekoran dari kemelut dan krisis kepimpinan yang berlaku dalam UMNO dan BN, maka kemungkinan untuk PRU 13 menjadi kenyataan dalam masa terdekat tidak boleh diperkecilkan. Dari itu keseluruhan jentera parti di semua peringkat harus diaktifkan untuk menghadapi kebarangkalian PRU 13. Terlalu banyak isu yang berbangkit mutakhir ini.

jana motivasi diri,

perhebatkan jati diri,

elakkan kontroversi,

tingkatkan prestasi,

perkasakan kreativiti,

inovasikan sistem ICT,

tambahkan bilangan ahli,

perbanyakkan unit peti undi,

mula turun padang hari-hari,

perkemaskan pangkalan data parti,

banyakkan munajat pada Ilahi,

bagi menghadapi PRU 13 nanti,

semoga sukses menanti.



Husam minta jentera PAS sedia hadapi pilihan raya umum
Harakahdaily
Tue | May 20, 08 | 9:22:05 am MYT

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa menggesa pemimpin dan ahli PAS di seluruh negara untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan pilihan raya umum berikutan kemelut besar yang dihadapi Barisan Nasional.

Dalam kenyataannya kepada Harakahdaily, Husam menegaskan, pengumuman bekasn Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Sanusi Junid keluar dari parti itu serta merta menunjukkan Umno sedang menghadapi krisis kepimpinan yang besar.

Husam berkata, beliau menjangkakan lebih ramai ahli Umno yang tidak boleh menerima Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai pemimpin parti dan kerajaan akan keluar beramai-ramai.

"Selama ini pun mereka tidak bersetuju dengan Abdullah dalam banyak perkara, tetapi mereka terpaksa mendiamkan diri kerana tiada yang berani menentang beliau.

"Krisis ini akan menyebabkan Umno kucar kacir dan rakyat semakin hilang kepercayaan kepada Umno dan BN sebagai teraju pemerintahan," ujarnya.

Katanya, jika dalam keadaan yang terdesak dan tidak mempunyai pilihan, tidak mustahil Abdullah membubarkan Parlimen untuk mendapatkan mandat baru.

Sehubungan itu beliau meminta ahli-ahli PAS, khususnya jentera pilihan raya bersiap sedia menghadapi PRU bila-bila masa. - mr

Comments :

0 comments to “PILIHAN RAYA UMUM MUNGKIN BERLAKU”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com