Yayasan Amal Malaysia sekali lagi diberi kepercayaan oleh YAB MB Selangor untuk menjayakan misi kemanusian kali ini ke daerah Sichuan yang dilanda gempa bumi. Kumpulan pertama yang diketuai oleh Presidennya sendiri Cikgu Husin Ismail akan bertolak pada jam 0930 25hb Mei 2008. Hartawan dan dermawan dipersilakan menginfakan harta mereka ke akaun BANK MUAMALAT cawangan Kuala Terengganu atas YAYASAN AMAL MALAYSIA A/N:
130 1000 2499 715
AMAL Akan Membantu Mangsa Gempa Bumi di China
22 Mei 2008, Shah Alam (AMAL) – Seramai 60 orang ahli Sukarelawan AMAL telah mendaftar untuk bersedia membuat misi kemanusiaan di Myanmar akibat dari bencana dan rebut Narjis yang berlaku 3 minggu lalu. Oleh kerana pihak Kerajaan Myanmar masih belum memberikan kelulusan kebenaran masuk sukarelawan ke Myanmar , Yayasan Amal Malaysia telah di arahkan untuk membantu mangsa Gempa Bumi di Negara China di Wilayah Sichuan.
Dengan 9 orang sukarelawan AMAL yang akan di ketuai oleh Hj Husin Ismail, Presiden AMAL di jangka bertolak hujung minggu ini. Pasukan pertama yang akan di sertai 5 orang doktor, 8 orang paramedic, 2 orang jurutera dan seorang pegawai IT, mempunyai matlamat membantu dan memberikan kebajikan yang termampu kepada mangsa-mangsa gempa bumi tersebut.
Pasukan Pertama akan berada di sana selama lima hari dan akan membawa bekalan perubatan, makanan kering dan pakaian yang telah di sumbangkan oleh rakyat Malaysia sebelum ini. Sumbangan masih lagi di terima dan boleh di salurkan ke Pusat Terima Bantuan di Bangunan Darul Ehsan (SUK2) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor. Orang-ramai boleh menghubungi talian 019-3491543 (Nasri) atau 012-2851426 (Salehudin).
Menurut Sdr Jamuliddin, Penasihat Misi Bantuan Kemanusiaan dan juga Timbalan Pengerusi AMAL, semua sumbangan masih di buka untuk orang ramai menghulurkan bantuan. Pusat Terima Bantuan tersebut akan di buka setiap hari mulai 10.00 pagi hingga 6.00 petang.
Comments :
Post a Comment