Pray For MH370

Pray For MH370

YAB MB SELANGOR DILANTIK AHLI DEWAN DIRAJA SELANGOR (COUNCIL OF THE ROYAL COURT SELANGOR)






SHAH ALAM, 20 Mei – Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Diraja Selangor dalam satu majlis yang berlangsung di Istana Bukit Kayangan dekat sini petang tadi.


Dato’ Menteri Besar mengangkat sumpah di hadapan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan menandatangani watikah pelantikan disaksikan Hakim Utama Mahkamah Tinggi Shah Alam, Dato’ Syed Ahmad Helmi Syed Ahmad.

Dalam majlis sama, Penasihat Undang-undang Negeri Selangor, Datuk Zauyah Be Loth Khan menerima Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) dengan membawa gelaran Datin Paduka.

Zauyah tidak dapat hadir pada istiadat pengurniaan darjah kebesaran sempena ulang tahun keputeraan ke-62 Sultan Selangor pada 11 Disember lalu kerana mengerjakan ibadah haji.

Sultan Sharafuddin turut berkenan menyampaikan watikah pelantikan Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali menggantikan Dato’ Abdul Rahman Palil.

Turut menerima watikah pelantikan ialah sepuluh Hakim Mahkamah Rendah Syariah Negeri Selangor, seorang Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah, seorang Pendaftar Kanan dan enam Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam – NOOR ALLIA KASSIM

200508istana_001
Tan Sri Abdul Khalid mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan
Diraja Selangor.

Comments :

0 comments to “YAB MB SELANGOR DILANTIK AHLI DEWAN DIRAJA SELANGOR (COUNCIL OF THE ROYAL COURT SELANGOR)”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com