Pray For MH370

Pray For MH370

DYMM SULTAN SELANGOR RASMI PEMBUKAAN SIDANG DUN

DYMM Sultan Selangor hari ini perkenan merasmikan Upacara Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Selangor Darul Ehsan Yang Kedua Belas Tahun 2008. Penggal Pertama DUN Selangor yang ke 12 ini menyaksikan sejarah dan era baru dalam politik dan pentadbiran negeri Selangor. Pertama ialah julung-julung kali di Selangor parti politik yang memerintah bukan dari UMNO/BN. Kedua inilah kali pertama seorang Speaker bukan dari kalangan UMNO dan dari kaum Melayu. Ketiga Timbalan Speaker buat julung kali dilantik dari kaum wanita. Keempat buat pertama kali di Malaysia dan Selangor, anggota eksekutif kerajaan terdiri dari kaum wanita. Kelima perjalanan perasmian dan persidangan di DUN disiar secara langsung melalui video streaming.

DYMM Sultan dalam titah baginda yang mengambil masa hampir satu jam suku telah menyentuh pelbagai aspek kehidupan di Selangor dari penyalahgunaan dadah, jenayah, pelaburan, ekonomi, modal insan, sukan, pembalakan, pencemaran air, udara, tanah serta bunyi, inflasi, ekonomi Amerika, sekolah agama , keputusan peperiksaan dan berbagai lagi aspek urus tadbir seperti Pihak Berkuasa Tempatan, agensi seperti INPENS dan lain-lain.


Sultan Sharafuddin rasmi pembukaan Penggal Pertama Sidang Dewan Undangan Negeri
sumber Agenda Selangor

dunking2008.jpg
Kenangan...Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin bergambar beramai-ramai bersama Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) sebelum perasmian Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri di Shah Alam, Rabu.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, semalam berkenan merasmikan mesyuarat ke dua pembukaan Persidangan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke 12, di Shah Alam.

Ini adalah persidangan pertama DUN Selangor selepas kerajaan Pakatan Rakyat menerajui Selangor sebaik sahaja gabungan PKR, PAS dan DAP memenangi 36 daripada 56 kerusi DUN dalam pilihan raya umum lalu.

Ketibaan Sultan Selangor di Dataran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) disambut Tan Sri Abdul Khalid dan baginda kemudian mengadakan pemeriksaan kawalan kehormatan utama sebelum berangkat masuk ke Bangunan DUN Selangor.


Hadir sama Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah Alhaj, Speaker Dewan Undangan Negeri, Teng Chang Khim dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ramli Mahmud.

Upacara perasmian dan persidangan DUN sehingga Isnin ini disiarkan secara langsung dan boleh diikuti dengan melayari portal rasmi kerajaan negeri Selangor: www.selangor.gov.my

Dalam titah perasmiannya, Sultan Sharafuddin turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Abdul Khalid yang menerajui kerajaan negeri serta semua Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Baginda juga mengucapkan tahniah kepada semua Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang memenangi pilihan raya umum pada Mac lalu.

Comments :

0 comments to “DYMM SULTAN SELANGOR RASMI PEMBUKAAN SIDANG DUN”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com