Pray For MH370

Pray For MH370

TABIAT INDIVIDU JADI BUDAYA MASYARAKAT

Bukan senang nak tukar dari budaya membangkang kepada budaya menyokong atau sekadar mendengar sahaja. Sebaliknya tidak mudah sudah terbiasa berada di pihak kerajaan tiba-tiba terpaksa jadi ketua pembangkang. Itulah senario hari pertama sidang DUN negeri Selangor yang ke 12 tadi. Dari itu banyakkan bersabar YB. Tunggu sehingga seorang YB siap berucap atau bercakap barulah elok nak bercakap. Tunggu giliran.



Penyokong Kerajaan Terbawa-bawa Amalan Pembangkang

ybteng120.jpg


Sumber Agenda Selangor
SHAH ALAM, Khamis 22 Mei:
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Teng Chang Khim mengakui ada ahli dewan Pakatan Rakyat (PR) terbawa-bawa amalan pembangkang ketika berucap atau berbahas pada Sidang DUN Selangor ke 12 yang sedang berlangsung.


Menurutnya, ini mungkin disebabkan mereka masih baru selain sudah menjadi amalan mencelah ahli yang sedang berucap dan berbahas dengan menjadikan Buku Peraturan Dewan sebagai ‘senjata’ untuk bangun.


“Sebenarnya, ini amalan dulu, pembangkang masih terbawa-bawa. Kita harus beri peluang setiap ahli berucap sama ada kerajaan ataupun pembangkang. Saya ada buat peringatan, jika soalan tidak ada kena mengena atau peraturan tidak betul, saya hentikan,” katanya.


Teng, bekas Ketua Pembangkang ketika kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu, berkata, cara beliau mengendalikan sidang Dewan hari ini berbeza dengan speaker dahulu.
“Semua berucap dalam keadaan relaks, masih boleh bertahan, masih boleh membidas tetapi dalam keadaan mesra,” ujarnya.

Pada persidangan kali ini, Ng Swee Lim (DAP –Sekinchan) masih terbawa-bawa cara berhujahnya seolah-olah beliau masih menjadi pembangkang padahal beliau kini adalah penyokong Pakatan Rakyat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo (BN- Sungai Panjang) pula ketika membahas usul terima kasih titah ucapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dilihat menyampaikan hujah seperti BN masih menjadi kerajaan di Selangor.


Menjawab soalan sama ada beliau adil dalam mengendalikan persidangan buat pertama kali selepas Pakatan Rakyat menerajui kerajaan Selangor, Teng berkata: Jelas pembangkang pun saya tegur, penyokong kerajaanpun saya tegur. Apabila saya Speaker, saya hendaklah sentiasa bebas dan tidak memihak kepada kerajaan mahupun pembangkang,”.

Beliau mengakui rasa ‘rindu’ untuk turut mengambil bahagian dalam perbahasan ketika duduk di kerusi Speaker.

“Memang ada rasa. Kalau saya ada di kerusi, saya akan bercakap dan beri pendapat yang lebih menarik. Mungkin Adun kita baru dan tidak ada pengalaman, kali pertama. Mereka tak nampak point-point penting sama ada berhujah atau membidas,” katanya.

Comments :

3 comments to “TABIAT INDIVIDU JADI BUDAYA MASYARAKAT”
lan said...
on 

Salam Pn YB,
Giliran YB berucap sudah tiba ke belum ye? saya gembira sekali persidangan dapat diikuti 'live' di internet. Cuma saya agak pelik kenapa tempoh bersidang begitu singkat sekali (dalam beberapa hari sahaja)

ternanti nanti ucapan puan YB

Unknown said...
on 

Salam En Mohamad. Apa khabar. Walaupun boleh diikuti di internet, saya rasa ada sedikit masalah dengan server. Exco tak boleh berucap dan tanya soalan, hanya boleh menjawab soalan.

Begitulah sejarahnya. Cukup pendek masa persidangan. Sayapun tak faham kenapa. Terima kasih.

lan said...
on 

Alhamdulillah saya sihat harap puan lebih lagi

Semalam saya menonton live di sebelah petang seketika sahaja. kadang2 tu video agak tersangkut tapi suaranya ada. tapi tidak mengapalah, saya faham tentu ramai yang hendak akses server tersebut.

saya tertarik dengan cadangan kerajaan negeri untuk mengadakan rangkaian broadband wireless di negeri selangor yg diumumkan rakan exco puan, YB Pn Rodziah. Saya fikir ini satu langkah yg tepat tanpa mengharapkan kerajaan pusat dan saya pasti hasilnya akan membantu Selangor ke hadapan lebih jauh lagi dalam bidang ICT. Semoga dimanfaatkan oleh seluruh rakyat dengan baik

terima kasih kerna sering juga membalas komen saya:)

salam

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com