Pray For MH370

Pray For MH370

TUN DR MAHATHIR MENCIPTA SATU LAGI SEJARAH

Setelah pernah menjadi Presiden dan Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun, akhirnya beliau gugur dalam perjuangan kebangsaan di atas wadah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PERKEMBAR) yang lebih dikenali umum di atas nama warisan zaman penjajah British sebagai United Malay National Organisation or UMNO. Beliau pernah dipecat dari UMNO tetapi pada 19hb Mei 2008, beliau mengnyahkan UMNO dari agenda perjuangannya sekaligus mencipta sejarah beliau yang tersendiri dan mengikut jejak langkah Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Hussein Onn dan pengasas parti UMNO sendiri iaitu Datuk Onn Jaafar.

Dilaporkan bahawa "Dalam ucapannya, Dr. Mahathir yang mempunyai nombor keahlian '01' dalam Umno juga menyeru ahli akar umbi supaya keluar parti bagi memberikan tekanan kepada pucuk kepimpinan - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya berundur."

Turut dilaporkan juga "Dr. Mahathir yang juga ahli Umno seumur hidup memberitahu, beliau bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti sekarang yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini."

Anda bagaimana?


Comments :

1
Abang Long said...
on 

Kerajaan Pakatan Rakyat telah berjanji. Setiap belia akan diberikan bimbingan dan kursus sehingga mereka berjaya dan boleh mendapat gaji sehingga RM2,000. Tetapi, masalahnya, saya sendiri telah 3 bulan tidak bekerja, menganggur kerana syarikat saya bekerja telah ditutup. Merata tempat saya telah merayu dan mengemis untuk mendapat kerja. Tidak ada satupun yang berjaya. Saya ada anak lima orang, bagaimana saya nak menyara kehidupan keluarga kalau saya tidak ada wang ? Saya telah pergi ke pejabat ADUN Selat Kelang, Pandamaran, Pelabuhan Klang, yang diberikan kepada saya ialah janji manis, InsyaAllah kami akan bantu ... tapi sudah tiga bulan menanti ... tiada jawapan. Jadi, saya tidak nampak dimana PERBEZAAN diantara Kerajaan BN dan Pakatan Rakyat dalam membela golongan seperti saya. Memang menyedihkan ! Saya bukan mengemis wang ! Saya juga tidak sanggup untuk merompak. Saya hanya perlukan KERJA ! Ironinya, Mat Bangla boleh dapat kerja di Pelabuhan Klang dengan gaji sebanyak RM1,200. Sedangkan saya anak kelahiran bumi Malaysia, MENGANGGUR ditanah air sendiri. Saya tidak memilih kerja, kalau ada rezeki walaupun terpaksa mencuci lubang najis, saya tetap akan lakukan ! Kerana yang penting, saya mampu menyara kehidupan keluarga. Seandainya ada sesiapa yang SUDI menolong, saya dahului dengan ucapan TERIMA KASIH. Inilah alamat emel saya - safmi_80@yahoo.com

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com