Pray For MH370

Pray For MH370

JENAYAH SIBER TANGGUNG JAWAB SIAPA

Sidang Kemuncak Keselamatan Siber Sedunia anjuran Perkongsian Multilateral Antarabangsa Menentang Keganasan Siber (Impact) telah berlangsung di KL. Peserta dari industri keselamatan siber dari 30 negara telah mengambil bahagian. Ini kerana semua negara di dunia semakin terdedah kepada ancaman siber seperti yang terjadi kepada Estonia, yang mengalami tiga siri gelombang serangan siber sehingga menjejaskan loji rawatan air, sistem perbankan dan agensi kerajaan negara itu tahun lalu.

"Kita akui bahawa sesetengah daripada kemahiran dan teknologi terbaik dalam bidang keselamatan siber berada di luar kerajaan, (iaitu pada) pihak swasta dan ahli akademik" menurut YAB PM Malaysia.


Kerajaan, rakyat kena perangi jenayah siber

Oleh Abdul Halim Yusoff

Sumber Berita harian Online

S
TANGANI BERSAMA: Abdullah dan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor (tiga dari kanan) bergambar bersama peserta selepas Sidang Kemuncak Keselamatan Siber Sedunia di Kuala Lumpur, semalam.

PM bimbang salah guna internet jejas ekonomi, keselamatan

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, ancaman jenayah siber boleh membawa padah besar, termasuk meruntuhkan sistem ekonomi, prasarana dan institusi serta menyebabkan kecederaan atau maut.

Perdana Menteri berkata, adalah jelas bahawa ancaman siber bukan lagi sesuatu yang boleh diambil mudah oleh masyarakat moden atau kerajaan.

Beliau berkata, semakin tinggi pergantungan dan hubungan sesebuah negara terhadap internet, semakin ia terdedah kepada ancaman siber seperti yang terjadi kepada Estonia, yang mengalami tiga siri gelombang serangan siber sehingga menjejaskan loji rawatan air, sistem perbankan dan agensi kerajaan negara itu tahun lalu.

"Jika kita mahu mengetepikan risiko kehilangan nyawa atau kerugian ekonomi daripada atau serangan siber, kita perlu lebih peka dan memberi perhatian sewajarnya terhadap risiko perkara berkenaan.

"Serangan siber yang boleh menyebabkan seluruh negara bergelap atau meruntuhkan sistem perdagangan dan kewangan, mampu untuk menjejaskan ekonomi paling kukuh sekalipun," katanya berucap merasmikan Sidang Kemuncak Keselamatan Siber Sedunia anjuran Perkongsian Multilateral Antarabangsa Menentang Keganasan Siber (Impact) di sini, semalam.

Sidang kemuncak dua hari itu yang pertama seumpamanya di dunia dengan mengumpulkan peserta industri keselamatan siber dari 30 negara.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, disebabkan internet tidak mengenal sempadan, sesebuah negara yang bertindak bersendirian tidak mungkin dapat mengelak daripada berdepan ancaman serangan siber.

Abdullah berkata, bagi mengatasi ancaman sejagat itu, semua kerajaan dan negara perlu saling bekerjasama.

Sehubungan itu, katanya, melahirkan inisiatif Impact sebagai platform bagi membolehkan kerajaan pelbagai negara bertukar pengalaman dan idea selain memudahkan usaha berkongsi kemahiran serta amalan untuk melindungi ruang siber.

"Kita akui bahawa sesetengah daripada kemahiran dan teknologi terbaik dalam bidang keselamatan siber berada di luar kerajaan, (iaitu pada) pihak swasta dan ahli akademik.

"Untuk membolehkan kerajaan menangani ancaman yang semakin kompleks ini, adalah wajar sektor swasta dan warga akademik yang terbabit dengan penyelidikan dijadikan rakan kongsi dalam inisiatif ini," katanya.

Ketika ini, antara nama besar dalam industri siber yang sudah menjadi rakan kongsi Impact ialah F-Secure, Kaspersky Labs, Symantec Corporation dan Trend Micro.

Abdullah berkata, bagi menzahirkan komitmen Malaysia terhadap Impact, kerajaan sudah meluluskan geran pelancaran AS$13 juta (RM39 juta) untuknya. Lebih separuh daripada peruntukan itu digunakan untuk membina sekretariatnya di Cyberjaya.

Sekretariat yang dijangka siap sebelum akhir tahun ini akan mengendalikan antara lainnya latihan, penyelidikan dan pembangunan, dasar serta rangka kerja kawal selia.

"Menerusi kemudahan serba canggih itu nanti, Impact akan melaksanakan empat kegiatan teras iaitu maklum balas global; dasar dan kawal selia; latihan dan pembangunan; persijilan keselamatan, pembangunan dan penyelidikan," katanya.

Perdana Menteri berkata, lanjutan daripada geran pelancaran itu, Impact sudah membangunkan dua sistem teras untuk manfaat semua ahlinya, iaitu Sistem Amaran Awal (EWS) dan Platform Kerjasama Terjamin (GCP).

Comments :

0 comments to “JENAYAH SIBER TANGGUNG JAWAB SIAPA”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com