Pray For MH370

Pray For MH370

TIADA INTEGRITI, AMANAH DAN IKHLAS TIDAK LAYAK JADI AJK MASJID SURAU

Integriti, amanah dan ikhlas merupakan tiga kriteria utama yang perlu ada pada AJK Masjid yang akan dilantik nanti. Orang politik juga tidak digalakkan menjadi AJK Masjid. Semua pegawai dan pentadbir masjid akan diarah menjalani kursus bina insan. E-khutbah akan diwujudkan di Sealangor.


AHLI POLITIK TIDAK DILANTIK JADI AJK MASJID DAN SURAU

Sumber Agenda Selangor

SHAH ALAM, Jumaat 23 Mei: Ahli politik terutama daripada Umno dan juga mereka yang terbabit perniagaan tidak akan dilantik sebagai pegawai dan pentadbir masjid yang baru oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hassan Mohamad Ali, berkata senarai nama pegawai dan pentadbir masjid yang baru itu sudah disiapkan dan diumumkan selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Saya sudah berbincang dengan Menteri Besar dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dalam menyiapkan senarai ini sebelum mendapat perkenan Sultan," katanya ketika menjawab soalan Dr Abd Rani Osman (Pas-Meru) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor ke 12, di sini, hari ini.

Beliau percaya, senarai nama yang dicadangkannya nanti mampu membawa wahana transformasi serta peranan masjid yang lebih berkesan

Dr.Hassan berkata, pegawai dan pentadbir masjid yang bakal dilantik itu adalah di kalangan mereka yang mengutamakan intergriti, amanah dan ikhlas dalam menjalankan tugas.

Katanya, semua pegawai dan pentadbir masjid baru itu akan dihantar mengikuti program Pembangunan Insan bagi memastikan mereka menjalankan tugas dengan perasaan takut kepada Allah.

Dr.Hassan (PAS-Gombak Setia) itu berkata, kerajaan negeri juga akan mewujudkan e-khutbah sesuai dengan era baru kerajaan Pakatan Rakyat.

"Cara penyampaian khutbah hari ini rata-rata membuatkan jemaah tertidur sedangkan khutbah spatutnya menjadi corong ilmu, corong pembangunan ummah dan corong bangkitkan semangat jihad," katanya.

Menjawab soalan Suhaimi Shafie (PKR-Sri Muda) jika ada pegawai dan pentadbir masjid menyeleweng urusan kewangan, Hassan berkata, laporan polis akan dibuat jika ada unsur jenayah.

Bagaimanapun, jika kesalahan pegawai dan pentadbir masjid atau surau itu hanya membabitkan peringkat kampung, individu akan dipanggil untuk memberi keterangan sebelum dinasihatkan melepaskan jawatan

Comments :

1
lan said...
on 

alhamdulillah satu langkah yang sangat tepat untuk memperkasakan institusi masjid. inilah masanya sementara ada sedikit kuasa untuk mengerakkan masjid menjadi pusat ibadah dan ilmu untuk rakyat

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com