Pray For MH370

Pray For MH370

CAPITAL FM OPSYEN UNTUK KE UDARA KATA MB SELANGOR

Setelah menemui jalan buntu dalam perbincangan dengan RTM, kini YAB Selangor mencari opsyen lain untuk dapat ke udara bagi tujuan menerangkan polisi dan program Kerajaan Pakatan Rakyat kepada rakyat Selangor sendiri walaupun hanya setakat di lembah Klang sahaja. Jika kita sebut Malaysia bukan sebuah negara demokrasi, maka ramai orang akan marah, tetapi inilah hakikatnya. RTM sebuah agensi di bawah Kementerian Penerangan yang dibiayai sepenuhnya oleh pembayar cukai dan menjadi hak milik rakyat Malaysia boleh menafikan hak seorang Menteri Besar yang dilantik oleh rakyat untuk berinteraksi di udara. Memang "mereka" takut pengaruh PR menjadi bertambah kuat dengan penggunaan media eletronik.

Sumber:Suara Selangor

Slot Radio : Kerajaan Negeri Bincang Dengan Capital FM




SHAH ALAM, 26 April - Kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan dengan stesen radio swasta, Capital FM bagi mendapatkan slot ke udara.


Dato' Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata slot yang mengambil masa sejam ke sejam setengah itu membolehkan beliau dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) menerangkan isu-isu semasa dan dasar kerajaan negeri.

“Capital FM adalah stesen radio swasta untuk kawasan Lembah Klang, kita akan aturkan untuk menggunakannya sebagai salah satu cara untuk kita berinteraksi dengan rakyat Selangor,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk Bukit Jelutong di Dewan MBSA, Jalan Adang dekat sini.

Majlis itu turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Anggerik, Yaakob Sapari.

Terdahulu dalam sesi dialog dalam majlis itu, Tan Sri Abdul Khalid ditanya mengenai saluran yang akan digunakan kerajaan negeri untuk menyampaikan maklumat di radio, setelah stesen Selangor FM tidak lagi beroperasi di Bangunan SSAAS, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Beliau berharap Capital FM dapat menjadi saluran yang membolehkan kerajaan negeri menerima maklum balas daripada penduduk Selangor.

“Saya harap Kementerian Penerangan tidak politikkan perkara ini sebab apa pun kita boleh buat bersama,” katanya.

Comments :

0 comments to “CAPITAL FM OPSYEN UNTUK KE UDARA KATA MB SELANGOR”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com