Pray For MH370

Pray For MH370

PBT KUTIP RM9 SETIAP PEKERJA ASING

Kerajaan Selangor dibawah YAB Tan Sri MB akan meneruskan hasrat mengutip RM9/= setiap pekerja asing setiap bulan. Bagi mengatasi halangan yang dikenakan oleh Kerajaan Pusat, satu mekanisme lain telah difikirkan iaitu melalui PBT di atas tempat tinggal atau premise tinggal mereka. Dana yang terkumpul boleh digunakan antara lain untuk pembinaan atau baikpulih prasarana, kemudahan hospital, melatih muda mudi tempatan dengan kemahiran tertentu dan lain-lain.


OLEH ROSLAN BIAN
Sumber: Agenda selangor
SHAH ALAM, Rabu 30 April: Kerajaan Selangor akan menggunakan mekanisma lain untuk meneruskan cadangan menggenakan caj RM9 sebulan bagi setiap pekerja asing di negeri itu sekiranya perkara itu ditolak kerajaan Pusat.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, antara kaedah yang boleh difikirkan adalah mengikut bidang peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk mengenakan bayaran cukai pintu atau premis yang didiami mereka.

Bagaimanapun, katanya kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan bagi mendapatkan data-data mengenai pekerja asing yang dianggarkan seramai 1.5 juta orang di Selangor.

“Data-data ini membolehkan Selangor merancang guna tenaga pada masa ini dan akan datang. Walaupun tidak boleh dipanggil levi, tetapi PBT boleh mengenakan sedikit cukai pintu atau cukai premis tempat pekerja asing ini tinggal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis penghargaan bapa angkat dan penaja kontinjen Selangor Sukma 2008 di sini, petang ini.

Menurut Abdul Khalid, kerajaan negeri memang mengalakkan penggunaan guna tenaga sama ada dalam dan luar negeri tetapi kedatangan mereka mesti memberi manfaat kepada diri sendiri, majikan dan turut membantu Selangor membangun.

“Kita melihat mereka menggunakan prasarana, hospital dan jalan raya di negara ini. Dengan cara itu kita dapat merencana pembangunan dengan hasil caj tersebut,” katanya.

Abdul Khalid berkata, 1,5 juta adalah satu angka besar dan kerajaan harus tahu di mana mereka tinggal, pekerjaan malah penyakit yang dihidapi pekerja asing.

“Dengan cara ini kita akan tahu berapa ramai yang tinggal di Petaling, berapa ramai di Gombak, apa pekerjaan dan berapa lama dah tinggal di sini. Angka-angka ini penting untuk Selangor merancang masa depan,” ujarnya.

Selain dapat merekodkan maklumat pekerja asing, kaedah ini katanya mewujudkan keadaan ‘sama-sama menang’ antara pekerja asing dengan kerajaan negeri.

“Majikan pula tidak perlu khuatir ke mana pekerja mereka nak lari sebab sudah ada maklumat dan kerajaan negeri mahupun Persekutuan dapat tahu rancangan mengenai pekerja-pekerja asing,” ujarnya.

Beliau berkata, perkara ini bukan sukar dilaksanakan kerana Singapura juga melaksanakan sistem mengumpul data pekerja asing di Negara itu.

Sebelum ini Abdul Khalid berkata, hasil kutipan caj atau levi itu akan digunakan bagi meningkatkan kemahiran belia di Selangor termasuk usaha menyediakan golongan yang berkemahiran bagi mengisi sektor pekerjaan yang diperlukan.

Comments :

0 comments to “PBT KUTIP RM9 SETIAP PEKERJA ASING”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com