Pray For MH370

Pray For MH370

PENDIDIKAN ISLAM MAMPU: SULTAN SELANGOR BERTITAH

kingsrai.jpg

Sultan Sharafuddin melawat murid-muris di kelas Sekolah Rendah Agama Integrasi Tengku Ampuan Fatimah selepas merasmikannya, semalam. Turut serta Dr Hassan Ali (kanan).





Sumber: Suara Selangor Maju


KLANG, 28 April – DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah pendidikan Islam di peringkat awal lagi mampu melahirkan generasi Islam yang mempunyai akidah kukuh, ibadah yang benar dan akhlak yang sejahtera.


Titah baginda walaupun kita harus mengikut arus pemodenan dalam era globalisasi ini, ia harus diterima agar kita tidak ketinggalan.

Sultan Sharafuddin bertitah al-Quran juga perlu dibaca, difahami dan dihayati serta mengerjakan solat bagi melahirkan murid yang berjaya dan tabah mengharungi cabaran global.

“Kita juga harus terus aktif memainkan peranan masing-masing untuk mempertingkatkan kualiti diri dan produktiviti supaya negeri Selangor terus maju setanding dengan negara-negara maju di dunia,” titah baginda pada Majlis Perasmian Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Batu Belah dekat sini pagi tadi.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri, Teng Chang Khim, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dato’ Dr Hassan Mohamed Ali dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Dato’ Mohammed Khusrin Munawi.

SRAI Batu Belah kini dikenali dengan nama SRAI Tengku Ampuan Fatimah.

Sultan Selangor juga mahu guru-guru memainkan peranan mereka dalam menyumbang ilmu dan pengalaman untuk mengajar, mendidik dan membimbing murid-murid untuk menguasai dan mendalami ilmu-ilmu yang bermanfaat.

Di samping itu juga, mereka perlu menjaga identiti dan integriti agar dapat dijadikan contoh kepada murid-murid.

“Guru-guru tidak wajar merasakan tugas mereka telah selesai apabila telah tamat waktu di sekolah. Insafilah bahawa murid-murid di luar sekolah akan berdepan dengan krisis identiti, personaliti, budaya dan kerjaya sekiranya mereka gagal mengurus diri mereka.

“Dengan sebab itu guru-guru wajar mendampingi murid pada setiap ketika,” titah baginda.

Baginda bertitah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) turut boleh berperanan lebih aktif dan memberikan kerjasama kepada pihak sekolah.

SRAI Batu Belah adalah salah sebuah dari 10 buah sekolah SRAI yang diwujudkan di Selangor.

Sekolah yang mempunyai 56 tenaga pengajar dan 770 murid ini melaksanakan konsep pendidikan seimbang melalui Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah Agama (KPISRA).

Selain SRAI, Jais turut mengurus 12 pra sekolah, 197 Sekolah Rendah Agama (SRA), 275 Kafa Integrasi, 23 Sekolah Agama Menengah dan sebuah Sekolah Agama Menengah Tahfiz Istana Bandar.– NOOR ALLIA KASSIM

srai.sm
DYMM Sultan Selangor bertanya sesuatu kepada guru di sebuah kelas SRAI Batu Belah
sambil diperhatikan Dato' Dr Hassan. Sekolah itu kini dikenali SRAI Tengku Ampuan
Fatimah. Foto AHMAD FADHLI YAHYA

Comments :

0 comments to “PENDIDIKAN ISLAM MAMPU: SULTAN SELANGOR BERTITAH”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com