Pray For MH370

Pray For MH370

PENDAPATAN BAWAH RM1200 LAYAK DAPAT BANTUAN TASKA

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Teknologi dan Inovasi, Dr Rodziah Ismail, mekanisme pembayaran subsidi atau rebet bagi ibu bapa berpendapatan RM1200/= sebulan yang mempunyai anak di TASKA belum diputuskan. Pihak kerajaan negeri sedang mengkaji kaedah pembayaran yang akan dibuat kelak. Itu memang betul kerana kita tidak mahu rebet ini diselewengkan seperti mengaku ada anak di Taska sini dan situ tetapi seorang anakpun tiada lagi di peringkat Taska, baik anak kandung atau anak angkat malah anaknya semua sudah bekerja. Kita juga tidak mahu seperti yang terjadi kepada program pembelian komputer peribadi yang mana ada pihak yang sanggup mengaku telah menjual komputer untuk "caj perkhidmatan yang berpatutan".



Sebahagian NGO Wanita dan Keluarga yang hadir di majlis dialog dengan Exco Kerajaan Negeri, Dr Rodziah Ismail, di Shah Alam, semalam.

Sumber:Agenda Selangor
OLEH ROSLAN BIAN


SHAH ALAM, Jumaat 25 April:
Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor sedang mengkaji kesan kewangan sebelum menunaikan janji memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri atau taman asuhan kanak-kanak (Taska).


Sekiranya dilaksanakan kelak, keutamaan bantuan akan diberikan kepada ibu bapa yang berpendapat RM1,200 ke bawah setiap bulan, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Teknologi dan Inovasi, Dr Rodziah Ismail.

Menurut beliau, bantuan itu pastinya dapat meringankan beban ibu bapa kerana tanpa bantuan itu mereka perlu membayar RM200 yuran kepada pengasuh.

“Kalau mereka ada dua anak, mereka kena bayar RM400. Sekiranya, kita beri bantuan tersebut, ianya dapat membantu meringankan beban keluarga tersebut,” katanya.

Dr Rodziah berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan Dialog bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Wanita dan Keluarga yang dihadiri lebih 200 peserta mewakili lebih 60 pertubuhan dan persatuan di sini, hari ini.

Turut serta Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Insan, Dr Halimah Ali dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Haniza Mohamad Talha.

Menurut Dr Rodziah, kerajaan sedar rakyat menunggu kerajaan Pakatan Rakyat yang memenangi pilihan raya umum lalu menunaikan janji itu yang dibuat ketika berkempen.

“Kita akan laksanakan juga janji ini tetapi yang penting peningkatan anak-anak pra- sekolah dan khidmat di Taska perlu ditingkatkan manakala guru-guru Taska harus diberi penghormatan sewajarnya,” ujar beliau.

Katanya, kerajaan juga sedang mengkaji sama ada RM75 itu diberikan kepada ibu bapa ataupun terus kepada Taska yang mengasuh kanak-kanak yang menerima bantuan itu.

“Ini membabitkan implikasi kewangan. Kita belum putuskan kerana ada jawatankuasa sedang melihat cara pelaksanaan bantuan ini,” ujarnya.

Dalam pada itu katanya, kerajaan negeri akan berusaha mewujudkan pusat sehenti bagi membantu mereka yang menjadi mangsa penderaan seksual atas keganasan rumah tangga.

“Sekarang ini, individu yang teraniaya perlu ke balai polis, ke Jabatan Kebajikan, Jabatan Agama atau ke hospital untuk pemeriksaan. Ini sahaja mengambil banyak masa dan menyulitkan,” katanya.

Dr Rodziah berkata, dengan adanya one stop centre yang akan ditempatkan di hospital kerajaan, individu yang menjadi mangsa keganasan boleh membuat aduan dan pemeriksaan tapi perlu ke sana sini.

Comments :

2 comments to “PENDAPATAN BAWAH RM1200 LAYAK DAPAT BANTUAN TASKA”
Dr. Abdul Wahab Arbain said...
on 

As-Salamu 'Alaikum YB!
Sudahkah YB membaca dalam blog ni:
http://www.politikbanjar.blogspot.com/
dan
http://matsamankati.blogspot.com/
mengenai YB Drs. Idham. Kesian dia.
Apa komen YB.
Maaf dan Salam!

Unknown said...
on 

Terima kasih. Salam. Saya dah cuba response. Tapi pasal saman polis saya tak pasti.

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com