Pray For MH370

Pray For MH370

APA KATA ISTERI DR KHIR TOYO ISU BALKIS







Pada pendapat saya, isu ini akan dapat diselesaikan tidak lama lagi Insya ALlah.
YAB Tan Sri MB Selangor yang kaya dengan pengalaman dalam dunia korporat
tentu sudah biasa dengan masalah "take over", "hostile bid" dan sebagainya.




Isu Balkis
: MB kata tidak beretika, apa jawapan Zaharah

mbkhalid120.jpg


datin110.jpg

OLEH BEN ROSA


SHAH ALAM, Ahad 27 April : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan tindakan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis) memohon pertubuhan itu dibubarkan Pendaftar Pertubuhan sebagai satu tindakan tidak beretika.

Katanya, Balkis sebagai institusi kebajikan yang menerima sumbangan dana daripada masyarakat tidak seharusnya bertindak demikian tanpa memberitahu penyumbang dana tersebut.

“Duit yang dikutip daripada masyarakat adalah duit yang diberi secara amanah, oleh sebab itu membubarkan atau menukar bentuk dengan tidak memberitahu pemberi dana tersebut boleh menjadi satu perkara yang tak ada etika,” ujarnya.

Abdul Khalid ditemui selepas menghadiri majlis silaturahim bersama penduduk Bukit Jelutong di Dewan MBSA, Jalan Adang dekat sini petang tadi.

Abdul Khalid diminta mengulas tindakan Balkis memohon pertubuhan itu dibubarkan pada 11 Mac lalu, tiga hari selepas pilihan raya umum ke-12.

Menurut satu kenyataan pada 24 April, kerajaan negeri sudah menerima laporan daripada pegawai Balkis bahawa pertubuhan itu telah memindahkan sebanyak RM9.9 juta ke Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (Bakti). Balkis juga dikatakan telah menerima sumbangan daripada anak-anak syarikat kerajaan negeri.

Kenyataan itu turut mempertikaikan kesahihan bekas Yang Dipertuanya, Datin Seri Zahrah Kechik memanggil dan mempengerusikan mesyuarat tergempar Balkis dengan tujuan membubarkan pertubuhan itu.

Dalam ucapannya sebelum itu, Tan Sri Abdul Khalid berkata Balkis yang ditubuhkan pada 1985 seharusnya tidak dibubarkan hanya kerana kerajaan sudah bertukar.

“Pegangan RM9 juta itu tidak jadi masalah (bagi kita) sebab pendapatan (daerah) Klang saja boleh jadi RM200 juta dan peruntukan bajet kita RM1.3 bilion. Tapi yang masalahnya ialah dari segi prinsip.

Sementara itu, Zaharah dalam siding medianya di sini, hari ini menyatakan pembubara Balkis atas persetujuan dua pertiga ahlinya dalam satu mesyuarat agung pada 11 Mac lalu.

Menurutnya, pembubaran itu selaras dengan peruntukan fasal 15 (1) Perlembagaan Balkis dan minit-minit mesyuaratnya boleh mengesahkan pematuhan
segala peruntukan undang-undang ini.

“Ttindakan memindahkan segala baki wang Balkis kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Menteri (Bakti) juga adalah selaras dengan peruntukan
Fasal 15 (2) Perlembagaan Balkis,” ujarnya.
Fasal itu menyebut segala baki wang yang ada akan didermakan kepada kerajaan atau
tabung lain yang serupa yang diluluskan oleh Pengarah Hasil Dalam Negeri.

Hadir sama ialah bekas Setiausaha Balkis, Datin Pon Ishak, ahli-ahli jawatankuasa Balkis dan ahli-ahli pertubuhan itu.

Dalam perkembangan sama, Zaharah mempertahankan tindakannya mempengerusikan mesyuarat agung Balkis pada 11 Mac lalu kerana ketika itu beliau masih Yang
Dipertua dan masih belum meletak jawatan.

``Sebelum isteri seorang Menteri Besar dilantik menjadi Yang Dipertua, ianya hendaklah disahkan dahulu dalam satu mesyuarat agung serta mendapat persetujuan
dari isteri Menteri Besar itu sendiri yang selaras dengan peruntukan Fasal 9.3 (a) Perlembagaan Balkis.

``Saya menegaskan di sini pada tarikh 11 Mac lalu, Menteri Besar Selangor yang baru masih belum dilantik, oleh itu isterinya juga masih belum boleh dilantik
menjadi Yang Dipertua Balkis.

``Ini bermakna saya masih Yang Dipertua Balkis ketika itu kerana saya juga belum meletak jawatan. Jadi tidak timbul soal saya tidak mempunyai kuasa mepengerusikan
menyuarat agung untuk membubarkan Balkis ketika itu,'' jelasnya.

Comments :

2 comments to “APA KATA ISTERI DR KHIR TOYO ISU BALKIS”
Kerajaan Rakyat said...
on 

Alhamdulilah, saya amat bersyukur atas kesedaran kerajaan BN terhadap najis rasuah ini. Walaupun saya merasa amat terhina dengan propaganda kerajaan BN dalam isu rasuah, tetapi saya masih menaruh harapan agar cita-cita murni Datuk Seri Ahmad Zahid akan tercapai.



Sebagai rakyat, saya ingin memberi pandangan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid memahami dan menghayati beberapa bidalan dan peribahasa Melayu lama ini “Ibarat ketam mengajar anak berjalan betul”, “Harapkan pagar, pagar makan padi”, “Bapak burik, anaknya rintik”.



Menjadi lumrah kehidupan, biasanya anak akan lebih mudah meniru perbuatan orang mereka sebagai ketua keluarga. Manakala rakyat melihat dan mencontohi perbuatan pemimpin mereka.


Dalam melaksanakan gagasan Perdana Menteri kerajaan BN atas fahaman Islam Hadhari, maka saya mencadangkan agar Datuk Seri Zahid terlebih dahulu membersihkan pandangan masyarakat terhadap beberapa kes rasuah besar yang telah kerap diperkatakan sejak sekelian lama.


Sebelum mencari kes baru mohon saya mencadangkan agar Datuk Seri Zahid sucikan kes-kes berikut terlebih dahulu:

http://kerajaanrakyat.blogspot.com/

Unknown said...
on 

Salam ukhuwah. Sila telah mampir blog saudara dan meninjau-ninjau. Tahniah diucapkan. Kita kenal siapa asal usul Datuk Zahid. Semoga Allah mengurnikan beliau taufik dan hidayahNya.

Tugas kita saling ingat mengingati antara satu sama lain. Semoga beroleh keberkatan. Terima kasih.

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com