Pray For MH370

Pray For MH370

JKKK DI BAWAH PUSAT, DANA DARI KEMENTERIAN KEUSAHAWAN DAN KOPERASI DISALUR MELALUI MARA


Besatu! BERSATU! BERSATU!BERSATU!
PERPADUAN! Perpaduan!

Nah lihat bagaimana perpaduan dan kesatuan yang dilaung-laungkan oleh Pemimpin UMNO/BN. Kenapa perlu diwujudkan sistem JKKK di bawah kerajaan Pusat. Adakah anda menginginkan dua nakhoda dalam satu bahtera? Adakah anda ingin melebarkan dan mendalamkan jurang perpecahan dalam masyarakat? Adakah anda tidak belajar dari kesilapan yang dilakukan di Kelantan?
Sila lihat laporan akhbar tentang tiada pemilihan di peringkat JKKK, bagimana Senator bercakap mengenai perpecahan dalam masyarakat. Memang haru-biru.
JKKKs placed under federal govt
By : Adie Suri Zulkefli

Source:NSTonline

KEPALA BATAS: The 4,000 Village Security and Development Committee (JKKK) members appointed by the former Barisan Nasional state governments will now be placed under the administration of the federal government effective next month.

Rural and Regional Development Minister Tan Sri Muhammad Muhammad Taib added that the 149 JKKKs in the state would continue with their duties.

Muhammad said the JKKK members, who will receive their allowances from the federal government, had agreed to resign from the current committee to join a new entity, known as the Federal Village Security and Development Committee (JKKKP).

"The JKKKs play an important role as they are at the closest level with the people on the ground."

Muhammad added that JKKK chiefs and their committee members were not pressured to relinquish their current posts to join the JKKKP.
"They resigned on their own accord as they wanted continuity in their service under the BN-led government," he said at a gathering with JKKK heads in Dewan Millenium here yesterday.

In Ipoh, Entrepreneur and Co-operative Development Minister Datuk Noh Omar said funds from the Entrepreneur and Co-operative Development Ministry for projects in Pakatan Rakyat-held states would be channelled through Mara.

"The funds would not be given to the state development corporations which was the policy when the states were under the BN," he said .

"We are only giving the allocations through a different channel and not reducing or stopping them."

He was speaking to reporters after opening the Malaysian Malay Chamber of Commerce Perak branch's annual meeting.

Tiada proses pemilihan penghulu, JKKK

KEPALA BATAS 26 April - Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan mengadakan proses pemilihan bagi jawatan penghulu dan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi mengelak berlakunya perpecahan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, apa yang perlu dilakukan pihaknya ialah mengenal pasti kaedah dan sistem lain melibatkan semua kaum.

''Saya tidak rasa kita perlu adakan pilihan raya di semua peringkat kerana ia akan memecah-belahkan rakyat. Biar pilihan raya diadakan di peringkat Persekutuan dan negeri sahaja.

''Kalau semua benda kita hendak lakukan pilihan raya, maka kita masih belum menjadi negeri yang betul-betul maju," katanya pada sidang akhbar selepas melawat keluarga Zainab Osman, 73, di Kampung Telok, Sungai Dua di sini hari ini.

Terdahulu beliau mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi dan JKKK negeri di Dewan Milineum di sini.

Baru-baru ini Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, kerajaan negeri akan mengadakan pilihan raya bulan depan bagi memilih penghulu dan ahli JKKK.

Menurut Muhammad, bukan mudah untuk mengadakan pilihan raya berkenaan kerana kepentingan dan komposisi penduduk pelbagai kaum perlu diambil kira terutama di kawasan bandar dan luar bandar.

Dalam pada itu, mengulas mengenai ahli JKKK yang berada di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang, Muhammad berkata, mereka perlu meletakkan jawatan sebelum diserapkan secara automatik di bawah kementeriannya.

Jelasnya, mereka yang diserapkan itu akan menerima elaun yang sama seperti diterima ketika ini.

''Bagaimanapun terpulang kepada ahli JKKK, ini keputusan mereka dan pemimpin di peringkat negeri, mereka kena menentukan sama ada ingin meletakkan jawatan atau tidak.

''Saya nampak mereka ingin letak jawatan, kalau mereka berhenti, kita akan letak mereka di bawah Persekutuan dan ini adalah prosedur biasa," katanya.

Terdahulu ketika melawat keluarga Zainab, Muhammad menyerahkan sumbangan untuk keperluan harian ibu tunggal berkenaan termasuk sabun basuh, minyak masak, beras dan hamper berisi makanan.

Anak wanita itu, Zaiton Mohamad, 54; Habsah, 47; Ismail, 46; dan Norlia, 41, tidak boleh bergerak dan hanya mampu terbaring.

Mereka menerima bantuan sebanyak RM260 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan RM450 daripada Pusat Zakat.

Comments :

0 comments to “JKKK DI BAWAH PUSAT, DANA DARI KEMENTERIAN KEUSAHAWAN DAN KOPERASI DISALUR MELALUI MARA”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com