Pray For MH370

Pray For MH370

AHLI MAJLIS PBT DARI GOLONGAN PROFESIONAL

YAB Tan Sri MB Selangor mengumumkan bahawa ahli Majlis PBT sedia dilantik dari golongan profesional yang berbeza fahaman politik namun profesional dari PA akan diberi keutamaan. tetapi jika mereka dari komponen parti PR tetapi bukan seorang profesional ia tidak akan dipertimbangkan untuk dilantik.

Golongan profesional keutamaan lantikan ahli majlis PBT walaupun berbeza politik


Sumber: Agenda Selangor

SHAH ALAM, Khamis 1 Mei.: Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor hari in menyatakan kesediaan melantik ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dari kalangan profesional termasuk mereka yang mempunyai perbezaan fahaman politik.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, keutamaan adalah untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan meningkatkan imej setiap PBT.

Bagaimanapun katanya, keutamaan akan diberikan kepada mereka yang bersama Pakatan Rakyat dan memenuhi kriteria profesionalisme yang tinggi bagi memudahkan urusan pentadbiran dijalankan.

"Walaupun mereka daripada parti politik kita tetapi jika mereka tidak mempunyai kelayakan profesional, kami tidak akan melantik mereka.

"Parti yang lain pun boleh kalau mereka profesional memandangkan kriteria yang digunakan adalah profesional dan ada yang datang secara sukarela tetapi tentunya kami memberikan keutamaan terhadap mereka yang kita kenal," katanya.


Abdul Khalid berkata demikian selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas berhubung kelewatan pelantikan anggota majlis PBT di Selangor setelah ramai ahli majlis daripada komponen parti Barisan Nasional (BN) melepaskan jawatan itu ekoran kekalahan BN di negeri itu.
Turut hadir pada majlis anjuran bersama kerajaan negeri dan Majlis Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) itu ialah Presiden MTUC Syed Shahir Syed Mohamud dan Setiausaha Agung MTUC G.Rajasekaran.
Abdul Khalid berkata kelewatan itu turut berpunca daripada kesukaran kerajaan negeri memilih ahli majlis yang benar-benar berkelayakan memandangkan ramai yang tampil menawarkan diri untuk mengisi jawatan berkenaan.
"Agak sukar untuk membuat keputusan tetapi saya agak gembira sekarang kerana saya mempunyai beberapa jurutera, arkitek dan akauntan yang bersedia memberi khidmat sosial tetapi kita perlu menyeimbangkannya.

"Kita tidak akan menjejaskan keberkesanan PBT kerana kelewatan ini. Kami ingin memperkenalkan kualiti supaya mereka boleh menyelesaikan beberapa masalah dan komunikasi antara rakyat dan PBT," katanya.
Sementara itu, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri akan memberikan fokus terhadap golongan belia yang tidak bekerja dan tercicir dari aspek pendidikan dengan menyediakan program peningkatan kemahiran seperti kerja elektronik, paip dan kejururawatan.
Katanya, kerajaan negeri menjangkakan golongan belia yang mengikuti program berkenaan selama tiga tahun akan memperolehi pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 setiap bulan.

Comments :

3 comments to “AHLI MAJLIS PBT DARI GOLONGAN PROFESIONAL”
Hasbullah Pit said...
on 

Kalau tak setuju boleh tak?

Nasib penjaja kecil perlu dijaga, oleh itu perlu ada wakil daripada persatuan peniaga kecil yang sering dihalau PBT supaya ada suara dalam majlis PBT.

Unknown said...
on 

Salam Saudara Hasbullah Pit. I/A akan dipanjangkan. Telah ada post mengenai penjaja kecil bawah tajuk "permudahkan dan jangan menyusahkan". Ucapan terima kasih di atas sumbangan ssudara amnya dan blog ini khususnya.

Anonymous said...
on 

Salam,

Soal perlantikan ahli PBT, semua faktor perlu diambil kira. Kalau hanya golongan profesional sahaja, tidak ada dari kalangan ahli politik, macam mana dasar dari parti politik dapat dilaksanakan dalam PBT tersebut. Sebenarnya ahli politik juga adalah 'profesinal' yang tersendiri.

Itu sekelumit pengalaman dari Kelantan yang berjaya kekalkan pemerintaha sampai ke hari ini.

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com