Pray For MH370

Pray For MH370

KUNJUNGAN HORMAT ATAS PM OLEH MB

YAB Tan Sri MB Selangor telah mengadakan kunjungan hormat ke atas PM Malaysia dan berbincang tentang beberapa perkara seperti yang dilaporkan oleh Bernama. Antara lain yang dibincangkan ialah Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFTZ) yang mengalami kerugian berbilion ringgit, penggunaan LTSAS di Subang sebagai pusat halal hab, isu pekerja asing yang hendak dikenakan levi dan penyemakan semula perjanjian SYABAS dengan kerajaan Selangor.
Semua isu dan perkara di atas memerlukan kerjasama kerajaan Pusat sebelum boleh dilaksanakan dan seterusnya rakyat memperolehi manfaat darinya.



Khalid Lakukan Kunjungan Hormat Ke Atas Perdana Menteri

SHAH ALAM, 25 April (Bernama) -- Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Seri Perdana, Putrajaya hari ini dan membincangkan beberapa isu termasuk Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ); penggunaan Lapangan Terbang Antarabangsa Subang; dan pekerja asing di Selangor.

Dalam kunjungan pertamanya itu selepas dilantik sebagai Menteri Besar, Abdul Khalid diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Teresa Kok; dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali, kata Sekretariat Media Pejabat Menteri Besar dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini.

Pada pertemuan pada sebelah pagi itu, Abdullah menasihatkan kerajaan Selangor supaya menghubungi Kementerian Pengangkutan bagi membincang dan menangani isu PKFZ dan cadangan penggunaan Lapangan Terbang Subang, katanya.

Sebelum ini dilaporkan Kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat berminat untuk membangunkan halal hub di kawasan lapangan terbang itu.

Menurut kenyataan itu, Perdana Menteri memberikan respon positif bahawa terdapat ruang untuk kerajaan negeri membangunkan kawasan berkenaan.

Abdullah juga memberitahu Abdul Khalid bahawa kerajaan negeri perlu berbincang dengan Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi dalam menyelesaikan isu bekalan air di Selangor.

Selepas mengambil alih pentadbiran negeri itu, kerajaan Pakatan Rakyat bercadang menyemak semula perjanjian bekalan air dengan syarikat pemegang konsesi, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) yang didakwa berat sebelah.

Pertemuan dua hala itu juga membincangkan masalah peningkatan pekerja asing di Selangor, kata kenyataan itu.

-- BERNAMA

Comments :

0 comments to “KUNJUNGAN HORMAT ATAS PM OLEH MB”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com