Pray For MH370

Pray For MH370

RASUAH MENULAR DAN MEMBAHAM DI SEMUA PERINGKAT MASYARAKAT




Pada pendapat saya, mengamalkan rasuah oleh seseorang itu tiada kena mengena dengan semangat patriotisme. Amalan menerima rasuah bermula dari hati dan godaan duniawi yang mendorong seseorang itu agar cepat kaya dan hidup mewah. Manakala amalan memberi rasuah berpunca dari sikap tidak bermoral, tiada memiliki prinsip diri dan percubaan untuk merampas hak orang lain yang sebenarnya bukan milik dia. Di peringkat negara, kita ada politik wang atau rasuah politik yang berupa projek, lawatan ke luar negara, pemberian tanah dan sebagainya.

Di peringkat kementerian dan jabatan kita menyaksikan bagaimana kelulusan tender, projek, dan pengagihan projek berkait rapat dengan rasuah kerana banyak kos pembiayaan sesuatu projek melampaui kos sebenar berlipat kali ganda yang tak masuk akal. Banyak projek yang baru siap mengalami kerosakan yang teruk dan memerlukan peruntukan baru untuk diperbaiki. Banyak contoh-contoh seperti kerosakan MRR2, kebocoran bangunan Parlimen, sekolah dan lain-lain. Kenderaan yang melebihi had muatan masih bermaharajalela di jalan raya. Bas dan kenderaan berat yang mengeluarkan asap hitam terus beroperasi. Kilang tanpa lesen tersergam gagah.

Di peringkat negeri dan kerajaan tempatan, anda bolehlah pandang dan tinjau di sekeliling bandar atau kampung anda.







Rasuah jejas usaha majukan bola sepak

Sumber: Utusanonline

PEKAN 26 April - Tindakan segelintir pemain bola sepak yang mengamalkan rasuah dalam sukan itu dianggap tidak mempunyai semangat patriotisme.

Sambil memandang serius gejala itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, amalan rasuah yang dilakukan oleh pemain terbabit akan menyebabkan usaha kerajaan untuk membangunkan mutu bola sepak negara terjejas.

''Ini sesuatu yang mencemarkan sukan bola sepak negara dan perbuatan ini menjejaskan integriti permainan itu sendiri.

''Hasrat kita untuk memajukan bola sepak tidak akan tercapai jika wujudnya gejala rasuah dalam sukan ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Inisiatif Air Asas Kesucian sempena program Masjid Gemilang Pahang di Masjid At-Taqwa, Peramu Jaya di sini hari ini.

Najib mengulas laporan seorang bekas pemain bola sepak Sarawak dalam Liga Super direman empat hari mulai semalam oleh Mahkamah Majistret Kuching bagi membantu siasatan berhubung penglibatan pemain-pemain utama negeri itu dalam mengatur perlawanan liga yang sedang berlangsung.

Rabu lalu, Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengesahkan sedang menyiasat dakwaan pemain-pemain utama Sarawak dalam mengatur perlawanan Liga Super.

Sebelum ini, akhbar mendedahkan kemungkinan berlaku kes mengatur perlawanan dalam pasukan Liga Super Sarawak setelah Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) menggantung dua pemainnya bulan lalu kerana disyaki terlibat mengatur satu perlawanan, manakala ada pemain lain dalam pasukan itu juga disyaki terbabit dengan sesetengah mereka dibayar RM20,000.

Memandangkan dakwaan itu serius, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad sebelum ini berkata, badan penyelia bola sepak nasional itu telah mendapatkan bantuan BPR bagi menyiasat dakwaan tersebut.

Mengulas lanjut, Najib berkata, gejala rasuah di kalangan pemain akan menyebabkan keyakinan rakyat terhadap mutu bola sepak negara turut terjejas.

''Penonton tidak lagi yakin kepada pasukan yang bertanding kerana kemenangan sesuatu pasukan ditentukan dengan wang," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau menyerahkan kepada FAM untuk menangani masalah tersebut daripada terus membelenggu sukan bola sepak negara.

''Walaupun rasuah bola sepak merupakan isu lama tetapi sukan ini perlu dibersihkan daripada gejala tersebut," jelasnya.

Comments :

0 comments to “RASUAH MENULAR DAN MEMBAHAM DI SEMUA PERINGKAT MASYARAKAT”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com