Pray For MH370

Pray For MH370

PERSIDANGAN PERTAMA PARLIMEN BANYAK MEMBUANG MASA

Kenapa dikatakan sidang Parlimen baru-baru ini lebih banyak membuang masa ialah kerana pertama, tiada ketegasan dan berat sebelah dari Speaker Dewan dalam menguatkuasakan "peraturan mesyuarat atau point of order", kedua ada MP yang hendak tunjuk "hebat" dan "loyar buruk", dan ketiga MP tidak mengamalkan budaya sopan santun dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.







TANYA KHABAR: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Rembau, Khairy Jamaluddin menyatakan sesuatu kepada Salahuddin Ayob (Pas-Kubang Krian, kiri) dan Azmin Ali (Parti Keadilan Rakyat-Gombak) sambil diperhatikan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu, kanan) selepas Istiadat Perasmian Penggal Pertama Parlimen Ke-12, di Parlimen, semalam.


Pelajar terkejut gelagat ahli Parlimen


Pelajar-pelajar dari SMK Sri Andalas, Klang mengikuti siaran langsung Sidang Dewan Rakyat pada hari petama di bangunan Parlimen, semalam.


KUALA LUMPUR 30 April - Para pelajar yang menghadiri hari pertama persidangan Dewan Rakyat hari ini tidak menyangka mereka akan dikejutkan dengan tingkah laku dan perkataan kurang sopan daripada ahli-ahli Parlimen.

Mereka sama sekali tidak menduga perjalanan persidangan di Dewan yang sepatutnya dihormati selaras dengan kedudukannya sebagai institusi pembuat dasar, dicemari dengan tindak-tanduk ahli-ahli Parlimen.

Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Andalas, M. Jochim berkata, dia dan rakan-rakan sebelum ini menjangka sidang Dewan berjalan secara profesional dengan ahli-ahli Parlimen membangkitkan pelbagai isu.

Bagaimanapun, dia mengakui terkejut melihat ahli Parlimen bertindak seperti kanak-kanak apabila menggelarkan satu sama lain dengan panggilan tertentu.

‘‘Saya menjangka persidangan ini akan berlangsung dalam suasana formal apabila ahli-ahli Parlimen mengemukakan pandangan mereka tetapi lain pula yang berlaku.

‘‘Saya tak sangka mereka saling memanggil satu sama lain dengan pelbagai panggilan, seperti budak-budak,” katanya ketika ditemui di bangunan Parlimen hari ini.

Jochim adalah antara 37 pelajar SMK Sri Andalas yang menyaksikan sidang Dewan Rakyat hari ini selain pelajar dari SMK Alam Megah dan Sekolah Tinggi Kajang.

Terdahulu, semasa sidang Dewan berlangsung, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh memanggil Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin sebagai ‘bigfoot’.

“Saya harap ‘bigfoot’ dari Kinabatangan tidak akan mengganggu saya. Bigfoot sit down,” kata Karpal.

Bung Moktar kemudiannya bangun dan berkata : ‘‘Berdirilah kalau berani. If I’m bigfoot, you are big monkey.”

Sementara itu, seorang lagi pelajar, Dhamayanthi Nair berkata, dia pada awalnya amat gembira apabila diberitahu berpeluang mengikuti sidang Dewan Rakyat.

Dia menjangka banyak pengalaman berguna dapat diperoleh sepanjang mengikuti sidang itu apabila mendengar hujah-hujah daripada ahli-ahli Parlimen.

Bagaimanapun dia tidak menyangka kunjungan pertamanya ke sidang Dewan Rakyat dikejutkan dengan tingkah laku ahli-ahli Parlimen yang kurang sopan itu.

Katanya, dia terkejut dan ketawa apabila melihat serta mendengar sendiri bagaimana ahli Parlimen daripada pakatan pembangkang dan Barisan Nasional memanggil satu sama lain dengan nama ‘Bigfoot’ dan ‘Big Monkey’.

Sementara itu, guru SMK Andalas, Mariani Zainal berkata, dia pernah menyaksikan ahli-ahli Parlimen bergaduh sesama sendiri semasa menghadiri beberapa sidang Parlimen sebelum ini.

Sehubungan itu, apa yang disaksikan hari ini tidak begitu mengejutkannya tetapi berharap pelajar-pelajarnya dapat menimba pengalaman berguna semasa menyaksikan persidangan kali ini.


Siaran langsung Parlimen dikaji - Menteri Penerangan

30/04/2008
Sumber: Utusan Malaysia Online

KUALA LUMPUR 30 April — Kementerian Penerangan mungkin mengkaji semula siaran langsung persidangan Dewan Rakyat berikutan sesi soal jawab lisan hari ini yang sering terganggu apabila beberapa Anggota Parlimen sentiasa mempersoalkan peraturan mesyuarat.

Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata siaran langsung selama setengah jam menerusi saluran RTM1 itu adalah percubaan sahaja dan beliau akan mendapatkan maklumat balas daripada semua pihak termasuk orang ramai sebelum membuat sebarang keputusan.

“Saya akan bincang sama ada kita masih memberi peluang kepada Anggota Parlimen untuk menggunakan sebaik-baiknya Parlimen dan siaran langsung yang diberikan,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau mengulas demikian setelah beberapa anggota pembangkang sering mempersoalkan peraturan mesyuarat menyebabkan sesi soal jawab lisan selama satu setengah jam hanya sempat mendengar tiga soalan berbanding 12 hingga 15 soalan pada kebiasaannya. Ahmad Shabery berkata kementerian tidak akan menambah masa siaran langsung persidangan Dewan Rakyat.

“Saya sedar di negara-negara lain yang mengadakan siaran langsung secara penuh terutama sekali dalam negara dunia ketiga, inilah masalahnya. Anggota Parlimen tidak menumpukan perbincangan pada perkara yang penting kepada rakyat dan negara.

“Masing-masing hanya ingin menunjukkan kepentingan diri mereka, tentang peribadi mereka dan untuk tunjuk orang di luar sana tentang diri mereka, bukan negara,” katanya.

Beliau berkata masa siaran langsung mungkin boleh dilanjutkan hanya jika Anggota Parlimen terutamanya pembangkang menunjukkan kematangan berfikiran secara kelas pertama.

“Mungkin ada rakyat suka tengok sarkas tapi Parlimen bukannya sarkas,” katanya.

Beliau mengakui kecewa apabila pihak pembangkang tidak menghargai dan menyalahgunakan institusi Parlimen semasa persidangan hari ini.

“Institusi Parlimen ialah untuk berbincang dan mencari yang terbaik untuk rakyat tetapi hari ini digunakan untuk mencari publisiti murah, menimbulkan perkara yang remeh temeh,” katanya.

Ahmad Shabery berkata tindakan pembangkang itu akan menyebabkan rakyat rasa tertipu dan secara jelas menyalahgunakan mandat yang diberikan.

Ketika ditanya sama perbuatan pembangkang hari ini menunjukkan sikap sebenar mereka, beliau berkata: “Banyak lagi warna lain yang tersembunyi. Ini hanyalah sebahagian kecil daripada warna sebenar mereka.”

— BERNAMA

Comments :

0 comments to “PERSIDANGAN PERTAMA PARLIMEN BANYAK MEMBUANG MASA”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com