Pray For MH370

Pray For MH370

AMARAN KEPADA PENGGUNA INTERNET

Menurut Perunding Keselamatan Enterpis, Symantec Malaysia, ramai pengguna internet tidak mengetahui dan kurang kesedaran mengenai aspek keselamatan. Misalnya gejala ‘phishing’ adalah kegiatan penipuan membabitkan maklumat penting seperti kata laluan dan data kad kredit.
Antara penyumbang utama aktiviti berniat jahat itu adalah akibat sikap pelayar yang gemar memindah turun gambar, video dan muzik dengan mengabaikan faktor keselamatan seperti tidak memasang perisian antivirus dan tidak mengemaskini.
Antara syarikat gergasi keselematan internet ialah McAfee dan Trend Micro di USA, serta Sophos dan Kaspersky di Eropah.

Google: Security must always be on


http://news.zdnet.co.uk/security/

Malaysia sasaran utama ancaman komputer

Oleh Siti Salmiah A Hamid
salmiah@hmetro.com.my

MALAYSA disenaraikan sebagai negara tertinggi dijangkiti bot (anasir jahat) komputer di Asia Tenggara walaupun terdapat pengurangan dari Januari hingga Jun 2007 bagi rantau Asia Pasifik dan Jepun (APJ).
Demikian menurut Perunding Keselamatan Enterpis, Symantec Malaysia, Kannan Velayutham yang turut mengatakan bahawa meningkatnya jumlah urusan di Internet dan kurangnya kesedaran mengenai aspek keselamatan menyebabkan peningkatan berkenaan.
“Berdasarkan Laporan Ancaman Keselamatan Internet Symantec Vol XIII (ISTR XIII) di Asia Tenggara, Malaysia menjadi tumpuan utama jenayah siber dengan berlakunya aktiviti kod berniat jahat (malicious) berbanding negara lain.
“Perkara ini perlu dipandang serius oleh pengguna Internet agar tidak berlaku kecurian data komputer. Misalnya gejala ‘phishing’ adalah kegiatan penipuan membabitkan maklumat penting seperti kata laluan dan data kad kredit,” katanya.
Dalam pada itu, Kuala Lumpur adalah bandar paling kerap dijangkiti bot komputer (tertinggi) bagi bulan Julai hingga Disember 2007 meningkat 11 peratus berbanding tempat ketujuh pada 2006.
Sementara penemuan kod jahat (malicious) terbaru membuktikan jenayah siber semakin berleluasa walaupun hanya sebilangan kecil virus menyerang pengguna Internet.
Dua kod malicious baru dikenal pasti di Malaysia dan aktif melakukan pencerobohan komputer ialah ‘Niuniu’ dan ‘Mondezimia’. Kedua-dua cecacing ini mampu bertindak mengubah laman web.
Antara penyumbang utama aktiviti berniat jahat itu adalah akibat sikap pelayar yang gemar memindah turun gambar, video dan muzik dengan mengabaikan faktor keselamatan seperti tidak memasang perisian antivirus dan tidak mengemaskini.
Kannan menasihatkan pelayar agar mengenal pasti laman web yang dilawati supaya tidak berlaku kecurian data komputer serta serangan virus yang pelbagai ketika ini.

Comments :

2 comments to “AMARAN KEPADA PENGGUNA INTERNET”
Anonymous said...
on 

Assalammualaikum,
Terima kasih saya ucapkan kerana rencana saya yang bertajuk 'Malaysia sasaran utama ancaman komputer' disiarkan di blog Dr Halimah Ali. Saya berharap semoga dapat membantu dalam memberi sumbangan yang berterusan kepada orang ramai. Terima kasih.

Anonymous said...
on 

Salam.
Saya ucapkan terima kasih kerana sudi menyiarkan artikel saya di blog Dr Halimah ini. Sekiranya ada peluang saya berharap dapat memberi bantuan berterusan untuk orang ramai. Terima kasih.

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com