Pray For MH370

Pray For MH370

PENULISAN JURNAL & TESIS PENSYARAH KITA

Bestari Nasib jurnal tempatan

Oleh Ruhaiza Rusmin
ruhaiza@hmetro.com.my


.


PENGIKTIRAFAN terhadap penghasilan jurnal atau tesis oleh pensyarah adalah antara cara memartabatkan taraf pendidikan sesebuah institusi sama ada di peringkat tempatan atau antarabangsa.

Menerusinya, keupayaan, kredibiliti, kemampuan dan nama sesebuah institusi itu mampu dinilai dan dikenali selain meletakkan taraf pendidikan negara setara universiti ternama.


Biarpun institusi tempatan giat menghasilkan jurnal atau tesis, masyarakat masih mempunyai persepsi negatif pensyarah tempatan tidak mampu menandingi keupayaan pensyarah luar.

Penghasilannya pula bagaikan tersekat kerana dikatakan tidak menepati piawaian ditetapkan.

Biarpun ada ramai pensyarah tempatan berkaliber, kegagalan menempatkan hasil jurnal atau tesis di peringkat nasional atau tempatan menyekat peluang menonjolkan kemampuan.

Apakah kegagalan itu disebabkan diskriminasi terhadap latar belakang pensyarah atau memang tidak mampu memenuhi kehendak penghasilan ditetapkan hingga jauh ketinggalan dan akhirnya hanya terperap di universiti?

Timbalan Dekan Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Aliah Hanim M Salleh, berkata tidak timbul isu kegagalan pensyarah institusi tempatan menepati piawaian penghasilan tesis atau jurnal kerana mereka mempunyai nilai kualiti setara.

Beliau berkata, mereka ada kualiti pendidikan dan pengalaman, justeru tidak timbul produk yang dihasilkan tidak bermutu.

“Keupayaan pensyarah tempatan hebat dan setara negara lain. Kebanyakannya melanjutkan pengajian ke luar negara dan berpengalaman.

“Sudah tentu penghasilan produk jurnal atau tesis yang dihasilkan berkualiti. Merendahkan keupayaan mereka sama seperti mempertikaikan tahap pendidikan tempatan.

“Saya tidak bersetuju pendapat kononnya kebanyakan hasil kajian dan tesis pensyarah tempatan tidak dikomersialkan dan hanya terperap di universiti,” katanya.

Ditanya mengapa penghasilan jurnal atau tesis kurang ketara, Dr Aliah Hanim berkata ia berpunca daripada beberapa faktor seperti kekurangan sokongan kewangan dan masa.

“Menghasilkan tesis atau jurnal bukan murah, faktor kewangan perlu diambil kira. Kebanyakan pensyarah juga terikat dengan tanggungjawab mengajar, justeru pembahagian masa kena selari.

“Jangan suka buat perbandingan, itu tidak adil sebab institusi luar mempunyai ramai tenaga pengajar dan sistem pendidikan tidak sama.

“Bagaimanapun, saya berpendapat, produk pensyarah tempatan tidak kurang hebatnya. Cuma kurang ketara kerana kebanyakan mentaliti masih merujuk atau mencari penghasilan luar,” katanya.

Beliau mengakui,, produk tesis pensyarah tempatan setanding dengan institusi luar, cuma segelintir mungkin menghadapi masalah menguasai bahasa Inggeris yang baik.

“Menghasilkan penulisan bukan saja memerlukan penumpuan malah penggunaan bahasa Inggeris juga penting. Ini membezakan pengalaman dan kepakaran seseorang pensyarah.

“Melabelkan pensyarah kita tidak bermutu kurang tepat sebab bukan hanya berlaku pada institusi tempatan, malah seluruh dunia,” katanya.

Menurut Dr Aliah Hanim, usaha melahirkan pensyarah cemerlang bukan hanya bersandarkan kepada pencapaian akademik tapi kemampuan sesebuah universiti memberi pendedahan.

“Proses melahirkan pensyarah, tesis atau jurnal terbaik memerlukan tempoh panjang. Selain inisiatif diri sendiri, sokongan pelbagai pihak juga penting kerana pensyarah luar lebih berpengalaman dan mempunyai pelbagai kemudahan,” katanya.

Beliau berharap pensyarah tempatan jangan patah semangat, menggandakan usaha dengan melakukan pelbagai penyelidikan, kajian serta rajin menghadiri seminar antarabangsa bagi menambah ilmu.

“Memang ada cabaran dan pelbagai kerenah birokrasi, bagaimanapun terimanya dengan positif.

“Golongan pensyarah adalah cendekiawan dan berperanan mengangkat serta meneroka kepelbagaian cabang ilmu.

“Penghasilan bermutu bukan saja membantu menaikkan nama institusi dan negara di mata dunia malah membantu melahirkan generasi berkepakaran pada masa depan,” katanya.

Comments :

0 comments to “PENULISAN JURNAL & TESIS PENSYARAH KITA”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com