Pray For MH370

Pray For MH370

PERWAKILAN UMNO MASIH BERSIKAP "MALE CHAUVANIST" SELAIN "MALAY CHAUVANIST"


Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (foto kanan) , Ketua Puteri yang baru berharap pucuk pimpinan parti akan melantik wakil Puteri untuk menganggotai MT bagi mewakili suara wanita, khususnya golongan muda.

Datuk Dr Norraesah Mohamad (foto kiri) merupakan satu-satunya pemimpin wanita yang menang sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno pada pemilihan UMNO 2008. Kenapa boleh jadi begini. Sebab para perwakilan masih bersikap "male chauvanist" di samping sikap "Malay chauvanist".

Wahai Wanita UMNO, inilah hakikat atau realiti sebenar dalam perjuangan PERKEMBAR. Cakap lain, bikin lain. Cuba teropong representasi wanita dalam kerajaan atau parti komponen Pakatan Rakyat.

Puteri kecewa tiada wakil dalam MT

PUTERI Umno kecewa dan sedih kerana wakilnya tidak terpilih menduduki kerusi Ahli Majlis Tertinggi (MT).

Sehubungan itu, Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (foto kanan) berharap pucuk pimpinan parti akan melantik wakil Puteri untuk menganggotai MT bagi mewakili suara wanita, khususnya golongan muda.

"Keahlian Wanita dan Puteri mewakili suara majoriti dalam Umno dengan peranan mereka amat besar dalam parti.

"Selayaknya wanita turut diberi tempat menganggotai MT dan kita berharap pucuk pimpinan parti akan memberi pertimbangan serius terhadap perkara ini," katanya ketika diminta mengulas keputusan pemilihan ahli MT, malam tadi.

Beliau turut menyifatkan pemilihan Timbalan Presiden dan Naib Presiden Umno kali ini sebagai barisan ampuh dan padu yang mampu membantu Presiden Umno yang baru, Datuk Seri Najib Razak, melakukan perubahan serta memulihkan parti.

Sementara itu, bekas Ketua Puteri Umno, Datuk Noraini Ahmad, tidak terkilan walaupun tidak terpilih menduduki barisan Ahli MT Umno pada pemilihan kepemimpinan Umno pada Perhimpunan Agung kali ini.

Malah, beliau berterima kasih di atas 1,064 undi yang diberikan perwakilan kepadanya, sekali gus meletakkan beliau di tempat ke-31 di kalangan 50 calon yang bertanding.

"Saya akur dengan keputusan perwakilan dan mengucapkan tahniah kepada mereka yang menang. Saya akan meneruskan khidmat saya kepada parti dan sebagai ahli Wanita Umno, biarpun tanpa memegang sebarang jawatan," katanya.
Utusan Online
-------------------------------------------------------------------------------------

Najib, Muhyiddin Gandingan Yang Baik, Kata Abdullah


Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah gandingan yang baik selaku presiden dan timbalan presiden Umno.

"Gandingan Najib dengan Muhyiddin bagus... boleh bekerjasama dan serasi... tiada percanggahan pendapat," kata Perdana Menteri.

Najib, yang juga Timbalan Perdana Menteri, mengambil alih jawatan presiden daripada Abdullah selepas menang tanpa bertanding bagi jawatan itu manakala Muhyiddin, yang merupakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, dipilih sebagai timbalan presiden yang baru pada pemilihan Umno semalam.

Melahirkan keyakinannya terhadap barisan kepimpinan tertinggi Umno yang baru, Perdana Menteri berharap para pemimpin berkenaan berupaya menunaikan semua janji-janji yang mereka berikan kepada anggota perwakilan Umno.

"Saya harap mereka boleh menunaikan semua janji-janji yang telah mereka berikan bagi memastikan Umno terus relevan, bagi memastikan rakyat mempunyai keyakinan terhadap parti dan menjadikan Umno sebagai parti pilihan pertama, katanya kepada pemberita di luar Perhimpunan Agung Umno 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Ditanya sama ada beliau mahu Najib meneruskan polisi tertentu apabila mengambil alih kepimpinan daripada beliau, Abdullah berkata ia tidak perlu.

"Tidak payah sebab Datuk Seri Najib adalah timbalan saya sebelum ini dan apa juga dasar-dasar yang telah dilaksanakan adalah dasar-dasar yang beliau pun sama-sama sokong dan laksanakannya.

"Jadi terserahlah kepada beliau apa yang hendak dilakukan atau adjustment mungkin....Saya tidak nampak akan ada tindakan untuk menghapuskan sesuatu dasar (yang telah diperkenalkan sebelum ini)".

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan ada dasar yang akan diubahsuai atau ditambahbaik.

Pada keseluruhannya, Abdullah berkata anggota Majlis Tertinggi Umno yang dipilih adalah seimbang dari semua negeri.

"Kita ada wakil dari hampir semua negeri, Kita ada wakil Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu dan Sabah," katanya.

Perdana Menteri juga berkata Sabah telah berjaya dengan agak baik dalam Perhimpunan Agung itu dengan pemilihan seorang Naib Presiden (Datuk Seri Shafie Apdal), tiga anggota Majlis Tertinggi (Datuk Seri Musa Aman, Datuk Seri Lajim Ukim dan Datuk Bung Moktar Radin) dan Ketua Puteri (Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin), semuanya datang dari Negeri Di bawah Bayu.

Ditanya mengenai kurangnya wakil Menteri Besar dalam barisan Majlis Tertinggi Umno, beliau berkata: "Mereka (ahli Majlis Tertinggi) itu pilihan mereka (perwakilan) dan itulah keputusan yang kita lihat".

Abdullah juga berkata beliau sebenarnya berharap lebih daripada seorang pemimpin wanita dipilih ke Majlis Tertinggi.

Datuk Dr Norraesah Mohamad merupakan satu-satunya pemimpin wanita yang menang sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno pada pemilihan yang berlangsung semalam.

Perdana Menteri bagaimanapun mengharapkan perpaduan dan kerjasama yang baik antara pemimpin yang dipilih semalam.

"Kalau tidak ada kerjasama atau perpaduan, kalau tak sokong (presiden) tak baik. Yang baik persefahaman, kerjasama, perpaduan dan sokong presiden parti," katanya.

Mengenai kedudukan Umno sekarang, Abdullah berkata semasa kepimpinannya, Umno pernah mengadakan sesi pemukiman selama dua hari bagi membincangkan pelbagai aspek berhubung kait kedudukan parti.

"Dalam pemukiman itu pelbagai aspek yang berhubung kait dengan kedudukan parti, mengapa orang tidak suka kepada parti, apa salahnya, apa tidak eloknya sikap ahli, pandangan rakyat kepada pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) (telah dibincang) dan itu satu usaha yang baik pada peringkat awal," katanya.
Bernama

Comments :

0 comments to “PERWAKILAN UMNO MASIH BERSIKAP "MALE CHAUVANIST" SELAIN "MALAY CHAUVANIST"”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com