Pray For MH370

Pray For MH370

REBUT PIALA MB KELANTAN ACARA TOMOI ANTARABANGSA

Kejohanan Tomoi Antarabangsa Kelantan akan diadakan selama tiga hari bermula 27 Mac ini bertempat di Stadium Sultan Muhammad ke-IV dan ditaja Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama kerajaan Kelantan, Persatuan Boksing Negeri Kelantan dan Boxx Event.

Ini baru betul. Kita lawan macam anak jantan, satu lawan satu, guna peraturan yang sama dan gelanggang yang sama. Ikut kategori. Baru adil. Bukan terbuka. Hanya anggota badan sahaja dibenarkan untuk meraih point. Pemenang akan diisytihar dalam gelanggang dan bukan di luar.Keputusan Pengadil adalah muktamad


42 peninju tomoi antarabangsa rebut Piala MB Kelantan



Peminat-peminat sukan tomoi di negeri ini berpeluang menyaksikan aksi 42 peninju antarabangsa dan tempatan bagi merebut Piala Menteri Besar yang julung kali diadakan.


Kejohanan Tomoi Antarabangsa Kelantan akan diadakan selama tiga hari bermula 27 Mac ini bertempat di Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Kejohanan tersebut akan menampilkan dua kategori iaitu superfight dan super 4. Antara peninju luar negara yang akan beraksi iaitu dari Thailand, Perancis, Sweden, Uzbekistan, Iran, Afghanistan, Poland, Sepanyol, Afrika Selatan,Tunisia, England dan Turki.

Manakala peserta tempatan ialah M-150 dan Kuda Merah PDRM.

Kejohanan diadakan mengikut kategori 57.5 kg, 61.5 kg dan 63.5 kg. Dan bagi kategori 57.5 kg peninju akan merebut tali pinggang kejohanan dan piala pusingan dari Exco Pelancongan serta Exco Belia dan Sukan.

Bagi kategori 61.5 kg ke atas peninju akan merangkul tali pinggang serta piala pusingan Menteri Besar Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, sebanyak 24 perlawanan akan diadakan dengan lapan perlawanan setiap malam.

"Kerajaan Kelantan sentiasa memberi sokongan untuk meneruskan kejohanan ini pada masa depan kerana di samping sebagai aktiviti sukan, ia juga akan menjadi tarikan pelancong dengan kehadiran peninju terkenal dari luar negara," katanya pada persidangan media di sini, hari ini.

Kejohanan tersebut ditaja Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama kerajaan Kelantan, Persatuan Boksing Negeri Kelantan dan BoxX Event.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Boksing Kelantan, Mohd Farid Abdul Ghani berkata, juara yang lahir dari kejohanan berkenaan akan mewakili negara ke kejohanan Tomoi Sedunia Z1.

Katanya, kejohanan tersebut melibatkan seramai 32 peninju dari seluruh dunia dan dijangka diadakan pada Oktober hingga Disember hadapan di Kelantan.

Maklumat Lanjut di SINI

mj/Mohd Nor Yahya/HARAKAHDAILY

Comments :

1
Hasrin Bin Abdul said...
on 

TOMOI? Kenapa tidak kejohanan Silat Melayu ? Bila kerajaan selangor nak adakan kejohana Silat peringkat negeri ? Ada banyak pesilat di Kg. Delek kiri, kanan, dalam. Di Jalan Yadi pun ada gelanggan silat!

SIM, YA, LAM, TA
Semangat, yakin, luhur dan takwa itulah pengertian silat. Silat juga adalah simbol alat seni bela diri merangkumi cabang budaya Pusaka Pertiwi warisan bangsa, yang harus ada pada anak-anak muda zaman sekarang.
Ku seru pada semua Bapak-Bapak Guru yang mulia lagi bijaksana marilah sama-sama berpadu tenaga untuk menghidupkan semula seni budaya silat lagenda, semoga tidak usang ditelan zaman tidak lapuk diburu masa.
Anak-anak tersayang para belia tercinta, ayuh bangun pergilah, tinggalkan mimipi-mimpi indah..kalian pergi cari dan cari cepat dimana adanya gedung silat. Andai kepuncak gunung nan tinggi..kau daki, kelembah lurah..kau redah, sekalipun terpaksa meniti onak duri..kalian turuni. Cicir di kutip tiada di cari, yang patah biar tumbuh hilang biar berganti.
Sekian terima kasih.
Dari Pena Arjuna Nirwana..Wassallam

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com