Pray For MH370

Pray For MH370

TAHNIAH DAN SEKALUNG PENGHARGAAN KEPADA PDRM SEMPENA HARI POLIS KE 202

Sempena memperingati Hari Polis ke 202, sukacita diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan rasa terima kasih kepada PDRM yang telah banyak berjasa. Posting di kesempatan ini dipaparkan aktiviti PDRM.

Foto aktiviti PDRM Sempena Sambutan Hari Polis ke 202 yang diadakan di PULAPOL pada 25Mac 2009 dikutip dari laman web PDRM.

Sila klik pada imej untuk lebih jelas.

















Perhimpunan Sempena Peringatan Hari Polis Ke-202


Perhimpunan majlis di atas telah berlangsung pada pagi ini, merupakan perhimpunan tahunan bagi seluruh peringkat pegawai dan anggota PDRM untuk memperingati dan mengenang kembali tanggal keramat 25 Mac 1807, serta memperbaharui lafaz ikrar.

Perhimpunan ini adalah untuk memberi pengiktirafan bukan sahaja kepada pegawai, anggota dan kakitangan PDRM, yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang tetapi juga adalah satu hari istimewa PDRM untuk mengungkapkan penghargaan kepada ahli masyarakat yang merupakan "Friends of the Police" yang telah memberi kerjasama yang membawa kepada kejayaan PDRM hari ini.

Tetamu istimewa yang hadir pada pagi ini ialah YAB Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia dan YABhg. Datin Seri Jeanne Abdullah. Turut hadir ialah YB Dato' Seri Syed Hamid bin Tan Sri Syed Jaafar Albar, Menteri Dalam Negeri dan YBhg. Datin Seri Sharifah Aziah binti Syed Zainal Abidin.

Hadir sama, YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara dan YBhg. Puan Sri Juriah binti Dato' Ahmad, YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara dan YBhg. Puan Sri Suriati binti Md. Sobri, mantan Ketua Polis Negara dan Pengarah-Pengarah PDRM, YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM, Ketua-ketua Polis Negeri dan Pesuruhjaya Polis, Pegawai-pegawai kanan serta anggota Polis Diraja Malaysia.

Perhimpunan Sempena Peringatan Hari Polis Ke-202 hari ini diketuai oleh DSP Shafie bin Mat Jatim, Pegawai Pemerintah Baris dan dibantu oleh ASP Mohd Raha bin Abdul Rauf bersama 102 orang Kawalan Kehormatan dan pembawa Panji Utama. Kumpulan detachment pula terdiri daripada 1,996 orang pegawai dan anggota semua jabatan di dalam PDRM, Polis Bantuan, Sukarelawan Polis serta Kadet Sekolah.

Di perhimpunan ini juga, YDH SAC II Mohd Hazam bin Abdul Halim, Ketua Penolong Pengarah (Siasatan) JSJK, Bukit Aman telah mengetuai lafaz Ikrar Rukunegara dan Taat Setia. YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara pula melancarkan Ikrar Perkhidmatan Ketua Polis Negara dihadapan YAB Perdana Menteri Malaysia.

Lagu tema "Tegas, Adil dan Berhemah" juga diperdengarkan buat pertama kalinya bersempena Hari Polis Ke-202. Lagu ini akan menjadi lagu yang dimainkan di majlis-majlis rasmi PDRM dengan tujuan untuk menanam semangat, komitmen serta dedikasi seluruh warga PDRM dalam mencurah khidmat kepada masyarakat dan negara tercinta. Lagu ini adalah sumber ilham YDH Ketua Polis Negara manakala lirik lagu dicipta oleh Supt. Rasdi bin Ramli dan melodinya digubah oleh Supt. Alina binti Saad.

Seramai 14 orang pegawai, anggota dan kakitangan awam telah menerima Anugerah Cemerlang dan penyampaian anugerah ini disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Sempena Perhimpunan Hari Polis Ke-202 ini juga, 2 orang yang mewakili dua organisasi telah dipilih khas untuk menerima anugerah "Friends Of The Police". Anugerah ini merupakan satu penghargaan yang diberikan kepada organisasi dan individu yang berperanan dalam menaikkan imej dan integriti PDRM. Disamping itu juga, YAB Perdana Menteri telah sudi menyampaikan bayaran 'Ex Gratia' kepada 27 orang pegawai dan anggota PDRM yang layak.

Sempena Perhimpunan Hari Polis Ke-202 ini juga, PDRM telah memperkenalkan kenderaan baru untuk kereta peronda polis (MPV) jenis Mitsubishi Lancer Evolution X (Evo-10) dan motosikal Honda ST 1300. PDRM akan memiliki sebanyak 25 buah Evo-10 di mana kenderaan elit ini akan menjadi unit pertama untuk memberi respon jika sesuatu kejadian berlaku. Evo-10 akan dilengkapi dengan sistem C4i (Command, Control, Communication and Integration), peralatan ILSS Arjent S2 LED 12v serta set komunikasi model Motorola XTL 5000 dan lain-lain peralatan.

YAB Perdana Menteri juga mengambil kesempatan memandu uji kenderaan Evo-10 sambil diiringi oleh YDH Ketua Polis Negara. PDRM membeli sebanyak 400 buah motosikal Honda ST 1300 yang akan digunakan sebagai kenderaan pengiring SPB Yang Dipertuan Agong, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan tetamu-tetamu kenamaan negara serta penugasan penguatkuasaan Cawangan Trafik PDRM.

Comments :

0 comments to “TAHNIAH DAN SEKALUNG PENGHARGAAN KEPADA PDRM SEMPENA HARI POLIS KE 202”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com