Pray For MH370

Pray For MH370

BERSIHKAN NAMA DI MATA RAKYAT DAN DUNIA SEBELUM MELANGKAH LEBIH JAUH

Skandal dan masalah peribadi boleh dijadikan bahan untuk musuh memeras ugut seseorang.

Apatah lagi jika seseorang itu ialah seorang Perdana Menteri sebuah negara, maka implikasinya tersangat besar kepada negara serta rakyatnya dari pelbagai perspektif seperti keselamatan, kedaulatan, kewibawaan di mata para pemimpin dunia dan sebagainya.



Laporan akhbar Perancis, Nik Aziz gesa Najib bersihkan tuduhan

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pendedahan dibuat akhbar Peranchis, Liberation yang membuat tohmahan membabitkan bakal Presiden Umno Dato' Seri Najib Tun Razak dengan pembunuhan Altantuya Shaaribu perlu dibersihkan kerana dikatakan bakal Perdana Menteri Malaysia.





"Jadi dalam kes Najib itu, apabila dituduh begitu hebat, dia senyap, maka amat sukar bagi rakyat untuk membersihkan diri bakal Perdana Menteri itu. Oleh itu beliau mesti membersihkan dirinya."

Katanya Nabi Muhammad saw sendiri menjawab setiap persoalan yang dibangkitkan dan tidak melarang sahabat yang lain daripada bertanya.

"Pemimpin utama dan pertama dalam Islam ialah Nabi Muhammad saw sama ada dalam hal ehwal ekonomi, akhlak, pengurusan luar dan dalam rumah tangga, dan Baginda adalah pemimpin bersih.

"Oleh itu, kalau mahu menjadi pemimpin, mestilah meniru kepimpinan Nabi Muhammad saw.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian MAPEX ; kempen pembelian rumah rasmi Kerajaan Negeri dan Expo Hartanah Malaysia 2009 di sebuah pasar raya di sini semalam.

Mengulas pengumuman Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berhubung kes Dato' Seri Mohd Ali Rustam, yang terbabit dengan politik wang namun beliau masih memegang jawatan Ketua Menteri Melaka, Mursyidul Am PAS itu berkata, memang beliau telah didapati bersalah.

"Memang pemimpin itu bersalah, tapi kenapa hendak memegang jawatan lagi.

"Kalau orang Melayu hendak menjadi pemimpin, tetapi tidak mahu meniru kepimpinan Nabi Muhammad saw, hendak menjadi pemimpin buat apa," katanya.

Mengulas cadangan kerajaan perpaduan Melayu (kerajaan campuran), beliau tetap berpendirian tidak bersetuju dengan cadangan itu.

"Oleh itu, persoalan 'bangsa' adalah persoalan kedua, sebaliknya persoalan utama ialah 'Islam' itu sendiri," katanya sambil merujuk pemerintahan PAS di Kelantan yang sudah lebih 18 tahun diterima rakyat dengan baik.

azm / Muhammad Yusri Amin/ Harakahdaily

Comments :

1
mohd ali ismail said...
on 

Tok Guru beri nasihat yang bernas sepatutnya digunapakai disemua peringkat khalayak pemimpin nescaya negeri kita aman dan makmur.Kalau saorang pemimpin tu ada maruah dan integriti yang tinggi pastinya nasihat itu dijadikan panduan dan di praktikan dan sekali gus menyingkir keraguan dan memberi keyakinan kapada rakyat.Saya tetap dengan tok guru.

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com