Pray For MH370

Pray For MH370

DR ROSTI NC UNISEL BARU (DWIBAHASA)

Tahniah dan syabas ditujukan kepada Datuk Dr Rosti Saruwono yang telah memulakan tugas di Unisel sejak 02Mac 2009 sebagai NC merangkap CEO Unisel.

Tidak jadi 'pak turut' - Dr Rosti


Naib Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) yang baru, Datuk Dr Rosti Saruwono berkata beliau tidak akan menjadi ’pak turut’ kepada mana-mana pihak dan memastikan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) milik kerajaan negeri itu tidak dijadikan medan berpolitik.

Beliau berkata Unisel komited dalam memastikan budaya belajar yang sepatutnya diterapkan dan bebas daripada sebarang pengaruh serta unsur-unsur luar yang boleh mengganggu proses pengajian.

Dr Rosti, berasal dari Klang, pernah berkhidmat sebagai Timbalan Presiden Bahagian Pendidikan Petronas dan Rektor pertama Universiti Teknologi Petronas (UTP) dilantik sebagai Naib Canselor Unisel 2 Mac lepas bagi tempoh setahun.

Beliau menggantikan Prof Datuk Dr Mohd Razali Agus yang mengosongkan jawatan itu pada Julai tahun lepas. Beliau adalah juga Ketua Pegawai Eksekutif Unisel.

Ditanya situasi dan tekanan yang mungkin dihadapi beliau memandangkan kedudukannya yang perlu berurusan dengan kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat dan Kerajaan Pusat, Dr Rosti berkata tidak timbul masalah kerana sebagai institusi pendidikan terdapat undang-undang yang perlu dipatuhi.

Sementara itu, Dr Rosti berkata Unisel telah melahirkan 4,000 graduan sejak 10 tahun dan mempunyai 1,500 rakan industri yang bukan sahaja menyediakan tempat untuk latihan praktikal tetapi juga peluang pekerjaan bagi penuntut yang layak.

“Kita juga mendapat maklum balas positif dari pihak industri berhubung penuntut kita yang menjalani latihan industri termasuk kemampuan mereka mengaplikasikan kemahiran dan etika kerja yang baik. Malah kebanyakan mereka telah dilamar bekerja sebelum menamatkan pengajian,” katanya.

Beliau berkata dua kampus Unisel iaitu di Shah Alam dan Bestari Jaya, Kuala Selangor, menyediakan pelbagai kursus dalam bidang bio teknologi, kemahiran, pengurusan, komunikasi media dan kejuruteraan. Sehingga kini, Unisel mempunyai 14,000 penuntut termasuk 300 pelajar antarabangsa.

Will Not Be 'Yes' Man

Newly-appointed Universiti Industry Selangor (Unisel) Vice-Chancellor Datuk Dr Rosti Saruwono will not be a 'yes' man to anyone nor allow the university to be a political battlefield.

"(A) University is a place for study. The people involved in this business should be dedicated and interested in academia.

"Those with a tendency to venture into other businesses (including politics) should know that Unisel is not a suitable place for them," he told Bernama here today.

Dr Rosti was the former Petronas vice-president (education division) and the first Rector of Universiti Teknologi Petronas before he was made Unisel vice-chancellor on March 2, for a one-year term, in place of Prof Datuk Dr Mohd Razali Agus.

Asked on the situation and pressures he would face in dealing with both the Pakatan Rakyat-led state government and the federal government, he said he anticipated no problem because as an institution of higher learning, there were laws to be adhered to by Unisel.

Meanwhile, Dr Rosti said 4,000 students had graduated from Unisel over the past 10 years, adding that the university had 1,500 industry partners which not only offered places for practical training, but also job opportunities to eligible graduates.

So far, 14,000 students, including 300 from overseas, are pursuing their studies in various courses in bio-technology, management, communication and engineering at the two Unisel campuses in Kuala Selangor and here.

BERNAMA

Comments :

0 comments to “DR ROSTI NC UNISEL BARU (DWIBAHASA)”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    1 year ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    1 year ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com