Pray For MH370

Pray For MH370

KHIR TOYO LUAH AYAT CINTA MENJELANG PAU

AYAT-AYAT CINTA DS DR KHIR TOYO

1.
"Kena buat pendidikan politik. Ini yang kurang, sebab itu ada masuk Umno untuk dapat projek bukan untuk berjuang demi agama, bangsa dan negara,"

2. "Pilihlah pemimpin yang sedia turun ke bawah. Sekarang tidak boleh bincang pasal laba atau projek kerana Umno sekarang amat kritikal dan dinilai secara terperinci oleh rakyat,"

Selama ini apa yang PAS suarakan tentang UMNO serta perjuangannya dalam ceramah-ceramah, akhbar harakah dan usrah ibarat mencurah air ke daun keladi dan lebih dahsyat lagi PAS cemuhan serta kata nista.

PAS tak cemburu dan tak peduli dengan gelagat UMNO jika UMNO membelanjakan dengan sewenang-wenangnya duit ringgit serta harta peninggalan datuk nenek moyang mereka yang diperolehi hasil titik peluh sendiri.

Tetapi malangnya UMNO membazir dan menyalahgunakan kuasa yang telah diamanahkan oleh rakyat yang "hati dan mata masa lagi tertutup".

Alhamadulillah DS Dr Khir Toyo telah diberi taufik dan hidayah dan mampu melihat kebenaran. Semoga DS janganlah "kotorkan" hati yang telah mula bersinar dengan "nur ma'rifat" dengan dosa, noda, kezaliman, tohmahan, rasuah, pecah amanah dan lain-lain dengan "sengaja".

Semoga berjaya dalam mengejar cita-cita yang diredhai ALlah. Tetapi jika dibaca apa yang tersurat dan tersirat dari ayat-ayat cinta no. 2, nampak seolah-olah ketika UMNO gawat, kritikal dan gawat sahaja jangan fikir pasal laba dan projek. Apabila UMNO telah pulih, tabiat dan budaya lama bolehlah disambung semula. Bukan begitu DS. Wallahu'alam. Maaf ya jika tersinggung hati yang kian bercahaya.

Pemuda Umno Perlu Jadi Suara Rakyat - Khir Toyo


Pemuda Umno perlu mengubah peranannya menjadi suara rakyat berbanding suara kerajaan, jika mahu mengembalikan sokongan rakyat kepada Umno dan Barisan Nasional (BN), kata calon jawatan Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Dr Mohamad Khir yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata itu merupakan cabaran utama sayap Umno itu jika ia mahu terus relevan dalam arena politik negara.

"Kita kena perjuangkan hak rakyat dan kalau kita gagal, rakyat akan cari tempat lain. Kepimpinan perlu terima hakikat, Pemuda perlu jadi suara rakyat," katanya ketika ditemubual BERNAMA menjelang pemilihan Umno minggu depan.

Beliau ditanya mengenai perubahan yang diperlukan Pemuda Umno dan apa yang akan dilakukan beliau sekiranya dipilih mengisi kerusi Ketua Pemuda Umno yang dikosongkan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Dr Mohamad Khir yang juga anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pasir Panjang, Selangor, berkata selain menjadi suara rakyat, Pemuda perlu melakukan proses "pendidikan politik" dan mengukuhkan peranan Pemuda BN di semua peringkat.

"Kena buat pendidikan politik. Ini yang kurang, sebab itu ada masuk Umno untuk dapat projek bukan untuk berjuang demi agama, bangsa dan negara," kata Dr Mohamad Khir.

Beliau berkata Pemuda Umno juga perlu mendesak kerajaan untuk melakukan perubahan dalam pentadbiran kerajaan dan polisi ekonominya bagi memberi keadilan kepada semua pihak.

Perhimpunan Agung Umno yang akan diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula 24 hingga 28 Mac ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru bagi jawatan Ketua Pemuda Umno.

Dr Mohamad Khir, 43, akan ditentang Naib Ketua Pemuda Umno merangkap anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin, 33, dan Exco Pemuda Umno yang juga Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Mahathir, 44.

Mengapa beliau menawarkan diri untuk bertanding?

Dr Mohamad Khir: "Jika kita lihat kekalahan kita pada pilihan raya 2008 yang banyak merosot kerana masalah pengundi muda.

"Jadi isu sebenar dalam Umno dan Malaysia ialah isu orang muda. Jadi kalau saya bertanding jawatan lain, dalam MT misalnya, tapi Umno kalah dalam pilihan raya... tak de maknanya. Jadi saya turun ke bawah untuk menawarkan diri secara realiti bahawa Pemuda perlu diperbaharui dengan motto "Pemuda Berani".

Beliau juga menggesa perwakilan Pemuda berfikir secara rasional dan membuat pemilihan secara ikhlas, jujur dan mengutamakan calon yang berpengalaman.

"Ini kerana pemilihan kali ini penting untuk menentukan hidup dan mati Umno yang kini dalam kritikal. Kalau pemimpin tidak mampu lakukan (perubahan) serta merta, kita mungkin kalah di (pilihan raya kecil Parlimen) Bukit Gantang.

"Pilihlah pemimpin yang sedia turun ke bawah. Sekarang tidak boleh bincang pasal laba atau projek kerana Umno sekarang amat kritikal dan dinilai secara terperinci oleh rakyat," katanya.

BERNAMA

Comments :

0 comments to “KHIR TOYO LUAH AYAT CINTA MENJELANG PAU”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com