Ketua Penerangan PAS meminta agar DS Abdullah Ahmad Badawi melakukan sesuatu agar peralihan kuasa tidak berlaku lagi atau jika berlaku juga kuasa tidak diserahkan kepada Najib.
Sementara itu, mantan Menteri Di jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim mohon agar DYMM YDA tidak melantik Najib sebagai PM.
Dalam perkembangan lain, barang yang terdiri dari dua keping kertas putih bertulisan jawi serta sebatang kayu kecil telah dijumpai di bawah meja DS Abdullah, mungkin rajah atau wafak, manderam atau barang ilmu hitam. Untuk apa? Supaya Pak Lah asyik tidur bila bermesyuarat? Pembungkam (tak boleh buka mulut)? macam-macam spekulasi.
Yang agak menghairankan ialah pihak Polis menghantar "barang" yang dijumpai ke Jabatan kimia. Sepatutnya ia dihantar ke Pengamal Perubatan Tradisional atau Ustaz seperti Dato' Dr Haron Din untuk dikaji. Tak kanlah skuad bom yang telah menjumpai "barang" berkenaan terlalu naif dan tak tahu langsung tentang tangkal azimat. Sekurang-kurangnya selepas dikaji untuk "fingerprints", barang tersebut dihantar ke pengamal perubatan tradisional.
Abdullah akan dilihat sebagai negarawan jika berjaya sekat Najib - Mahfuz
Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar meminta kekuatan dan ketegasan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi agar bertindak segera menghalang Dato' Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri.
"Saya percaya bahawa Abdullah tahu semua pihak majoriti masyarakat Melayu, bukan Melayu dan dalaman Umno tak gembira dengan peralihan kuasa ini dan kemunculan Najib ambil alih jawatan,
"Sepatutntya Abdullah kena lakukan sesuatu untuk kepentingan negara bukan kepentingan umno. Abdullah kena buat sesuatu supaya proses peralihan kuasa tidak berlaku atau berlakupun bukan kepada Najib kerana pandangan dalaman negara dan luaran juga sudah negatif kepada Najib," katanya.Walaupun tidak nafi kepimpinan Abdullah ada masalah tetapi segmen masyarakat melihat bahawa lebih buruk jika kepimpinan diserah kepada Najib, katanya.
Ini kerana rakyat melihat negara akan hadapi krisis lebih buruk dan negara akan kehilangan kekayaan apabila Najib ambil alih pemerintahan, ujar Mahfuz.
Najib sendiri terlalu banyak dikaitkan dengan pelbagai skandal yang membuatkan kepercayaan rakyat dan negara luar kepadanya kini semakin berkurang, katanya.
Sebab itu bagi ahi Parlimen Pokok Sena itu dalam tempoh beberapa minggu ini (sebelum pemilihan Umno), Abdullah dan ahli Umno perlu buat sesuatu supaya halang Najib .
Jika tindakan menghalang Najib berjaya dilakukan, rakyat akan menyanjung Abdullah sebagai negarawan, katanya.
"Masyarakat akan sanjung Abdullah kerana menghalang negara daripada diurus oleh orang yang tidak boleh diberi kepercayaan, maknanya dia akan dilihat oleh seorang negarawan dan walaupun dia buat itu ada personal interests tetapi masyarakat akan lihat ini satu kepentingan semua pihak," katanya.
WAN NORDIN WAN YAACOB/wann/ Harakahdaily_
------------------------------------------------------------------------------------
Agong digesa tidak lantik Najib jadi PM
Datuk Zaid Ibrahim hari ini menggesa Yang di-Pertuan Agong supaya membuat pilihan yang betul - jangan lantik Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri akan datang.
"Ini adalah masa yang amat sukar. Malaysia memerlukan seorang pemimpin yang akan menyatupadukan negara ini yang sedang berdepan dengan kesukaran. Berpecah kita lemah.
"Saya keberatan untuk menyatakannya tetapi untuk sebab-sebab yang telah saya katakan, saya terpaksa menyebut bahawa Najib pasti akan memecahbelahkan kita dan dalam berbuat demikian, akan menolak kita semakin hampir ke tepian," kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.
Berucap di majlis makan tengahari Royal Rotary Club di ibu negara hari ini, bekas ketua bahagian Umno itu berkata, terdapat ahli-ahli parlimen parti itu yang berkelayakan untuk dilantik sebagai perdana menteri.
Sehubungan itu, demi negara, kata Zaid, beliau menggesa Seri Paduka Baginda supaya mengambil kira keperluan dalam pelantikan bagi jawatan tersebut serta kebimbangan rakyat.
"Tidak ada obligasi perlembagaan bagi Seri Paduka untuk melantik presiden Umno sebagai perdana menteri," katanya dalam ucapan yang agak keras itu.
Najib dijadual mengambil alih jawatan perdana menteri lewat bulan ini apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersara.
Menurut Zaid lagi, tidak pernah dalam sejarah negara ini di mana pemilihan perdana menteri menjadi begitu genting.
"Malaysia", tegasnya, "kini dalam krisis" apabila negara sedang berdepan dengan cabaran-cabaran ekonomi yang besar yang akan memberi kesan sosio-politik yang teruk, yang tidak dapat dielakkan.
------------------------------------------------------------------------------------
Kertas jampi di bawah meja Pak Lah?
Polis menemui dua kertas putih dan sepotong kayu kecil, dipercayai dijampi, yang diselitkan secara misteri di bawah meja Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di bangunan Umno.
Ketua polis daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman hari ini dilaporkan mengesahkan penemuan objek tersebut, tetapi beliau enggan memperincikannya.
Skuad pemusnah bom polis Kuala Lumpur menemui objek misteri itu dalam pemeriksaan rutin mereka beberapa hari lalu di bilik mesyuarat Umno di tingkat 39 bangunan ibu pejabat parti.
Pemeriksaan itu dijalankan sebagai persiapan mesyuarat terakhir Majlis Tertinggi (MT) sebelum bermula perhimpunan agung Umno, awal minggu depan.
Dua kertas putih, bersaiz kecil sehingga boleh dimuatkan di dalam mulut, mengandungi tulisan jawi dan kayu kecil yang dibalut kertas putih, lapor harian itu lagi.
Polis dilaporkan telah mengambil keterangan daripada tiga orang yang mempunyai kad akses ke bilik tersebut, termasuk dua anggota polis dan seorang pembantu politik yang bergelar Datuk.
Menurut laporan itu lagi, bilik itu tiada CCTV dan selain pemimpin politik, hanya pekerja pembersihan bangunan yang boleh masuk ke bilik tersebut.
Untuk kepastian lanjut, pasukan polis menghantar objek-objek kepada Jabatan Kimia. Hasil siasatan dilaporkan belum diketuai.
Mengulas laporan akhbar itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempersoalkan bagaimana objek tersebut berada di bawah meja presiden Umno dan tidak diletakkan di bawah meja timbalannya Datuk Seri Najib Razak.
Malaysiakini
MAHFUZ DAN ZAID MAHU NAJIB DISEKAT, TERJUMPA BARANG DI BAWAH MEJA ABDULLAH
Labels:
Perhimpunan Agung UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments :
Post a Comment