Pray For MH370

Pray For MH370

PROGRAM TENTATIF PERHIMPUNAN AGUNG UMNO

Setiausaha Kerja Umno Brig Jen (B) Datuk Husainay Hashim berkata perhimpunan agung (24/03- 28/03) akan ditamatkan lebih awal (1.00 tengah hari ) untuk beri Laluan Persiapan Tiga P/raya Kecil.


Perasmian serentak perhimpunan agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di Dewan Merdeka pada 24 Mac pada pukul 8.00 malam dan disempurnakan oleh DS Najib.

Ketiga-tiga sayap Umno akan mengadakan perhimpunan dan pemilihan masing-masing di Dewan Tun Dr Ismail bagi Wanita Umno, Dewan Tun Hussein Onn (Pemuda Umno) dan Dewan Merdeka (Puteri Umno) pada 25 Mac.

Malamnya, berlangsung mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Upacara menaikkan bendera Umno pada pukul 8 pagi, diikuti dengan majlis perasmian Persidangan Agung Umno di Dewan Merdeka yang akan disempurnakan Presiden Umno pada pukul 9 pagi.(HARI KETIGA 26 Mac 09)

Pemilihan jawatan tertinggi parti pada 11 pagi 26 Mac.


Makan Malam Bersama Presiden diganti dengan majlis makan malam "Jasamu Dikenang" pada 26 Mac.

Perbahasan usul dijangka diteruskan hingga ke lewat malam dan majlis Jamuan Bersama Timbalan Presiden dibatalkan pada 27 Mac.

Perhimpunan Tamat Awal Beri Laluan Persiapan Tiga P/raya Kecil

Perhimpunan Agung Umno pada 24 hingga 28 Mac ini dijadualkan tamat lebih awal bagi membolehkan anggota parti membuat persiapan bagi penamaan calon tiga pilihan raya kecil keesokan harinya.

Setiausaha Kerja Umno Brig Jen (B) Datuk Husainay Hashim berkata perhimpunan agung yang kebiasaannya tamat pada sebelah petang akan tamat pada tengah hari 28 Mac bagi membolehkan anggota parti pergi ke kawasan pilihan raya kecil terbabit.

"Perhimpunan akan tamat selepas Presiden parti menggulung perbahasan. Kita jangka semuanya akan selesai sekitar pukul 1 tengah hari," katanya ketika dihubungi Bernama bagi mengulas perjalanan perhimpunan parti itu pada 24 hingga 28 Mac di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara.

Hari penamaan calon bagi tiga pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah dan DUN Batang Ai, Sarawak ditetapkan serentak pada 29 Mac manakala pengundian pada 7 April.

Selain perhimpunan tamat lebih awal, Husainay berkata majlis Makan Malam Bersama Presiden yang kebiasaannya diadakan pada malam ketiga persidangan diganti dengan majlis makan malam "Jasamu Dikenang" pada 26 Mac.

"Majlis 'Jasamu Dikenang' ini bagi menghargai jasa dan sumbangan Presiden parti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi," kata Husainay merujuk kepada proses peralihan kuasa yang akan menyaksikan Abdullah menyerahkan tampuk pimpinan parti kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata perbahasan usul pada 27 Mac dijangka diteruskan hingga ke lewat malam dan majlis Jamuan Bersama Timbalan Presiden yang kebiasaannya dilangsungkan pada hari keempat persidangan tidak akan diadakan.

Menurut jurucakap Unit Media ibu pejabat Umno, Norazilah Abdul Munir Perhimpunan Agung Umno bermula dengan perasmian serentak perhimpunan agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di Dewan Merdeka pada 24 Mac.

Majlis yang bermula pada pukul 8 malam itu akan disempurnakan Najib.

Keesokannya, ketiga-tiga sayap Umno akan mengadakan perhimpunan dan pemilihan masing-masing di Dewan Tun Dr Ismail bagi Wanita Umno, Dewan Tun Hussein Onn (Pemuda Umno) dan Dewan Merdeka (Puteri Umno).

Pada sebelah malamnya, berlangsung mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Hari ketiga persidangan akan menyaksikan upacara menaikkan bendera Umno pada pukul 8 pagi, sebelum diikuti majlis perasmian Persidangan Agung Umno di Dewan Merdeka yang akan disempurnakan Presiden Umno pada pukul 9 pagi.

Majlis akan diteruskan dengan pemilihan jawatan tertinggi parti pada 11 pagi sebelum persidangan diteruskan dan disusuli dengan majlis makan malam "Jasamu Dikenang".

Pada 27 Mac, perbahasan usul oleh perwakilan akan diteruskan sehingga ke lewat malam, sebelum presiden parti menggulung perbahasan dan perhimpunan tamat keesokan harinya.

BERNAMA

Comments :

0 comments to “PROGRAM TENTATIF PERHIMPUNAN AGUNG UMNO”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    1 year ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    1 year ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com