Pray For MH370

Pray For MH370

HISHAMMUDDIN ULAS ISU DALAMAN UMNO

Menteri Pelajaran kata tidak ada perpecahan dalam UMNO serta tidak wujud pasukan A atau B, yang ada hanyalah dua pemimpin yang bijaksana......


Tidak Wujud Pasukan A Atau B Dalam Umno - Hishammuddin


Zaid memang pegang Faham Liberal - Mukhriz


Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tiada perpecahan dalam Umno dan tidak wujud pasukan A atau B yang menyokong mana-mana pemimpin dalam parti itu.

"Tidak wujud perpecahan dalam Umno. Apa yang kita lakukan merupakan satu perkara berkisar kepada dua pemimpin yang bukan sahaja bijaksana tetapi meletakkan parti sebagai keutamaan.

"Apa yang kita tahu bahawa hubungan mereka (Presiden yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak wujud pasukan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda Umno di sini Jumaat.

Hishammuddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tanggapan bahawa wujud konspirasi untuk menjatuhkan Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang dilihat sebagai penyokong Abdullah.

Selasa lalu, Lembaga Disiplin Umno melarang Mohd Ali yang juga Ketua Menteri Melaka daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu depan kerana didapati bersalah mengamalkan politik wang.

Hishammuddin berkata tanggapan itu hanyalah khabar angin yang digembar-gemburkan oleh pihak yang mempunyai kepentingan sendiri dan tidak mahu melihat Umno kembali pulih.

"Kita Pemuda Umno kenal pemimpin kita, kita tidak akan layan khabar angin," kata Hishammuddin sambil menambah kenyataan yang dibuat bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim baru-baru ini yang meminta Yang di-Pertuan Agong tidak melantik Najib sebagai Perdana Menteri, tidak masuk akal.

Beliau berkata ia merupakan usaha untuk menjejaskan transisi dan proses peralihan kepimpinan dalam parti yang seharusnya berjalan dengan lancar.

"Apa yang penting kita buktikan (hujung) bulan Mac nanti, selepas pemilihan Umno segala desas desus itu tidak ada asasnya kerana akhirnya Umno tahu bagaimana hendak pilih pemimpin. Kita tidak akan layan khabar angin yang tiada asas kerana Pemuda meletakkan perjuangan dan pendirian kepada fakta dan asas yang kukuh," katanya.

Hishammuddin berkata Pemuda Umno akan mempertahankan proses peralihan dengan bersungguh-sungguh serta menghormati dan menghargai kepimpinan Presiden parti di samping menyokong tanpa berbelah bagi terhadap kepimpinan Najib sebagai ketua parti dan kerajaan yang baru.

Sementara itu, calon Ketua Pemuda Umno Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Zaid bahawa kepimpinan Najib akan membawa perpecahan dalam parti, menafikan dakwaan itu.

"Seperti semua sedia maklum, tindakan (melarang Mohd Ali bertanding) adalah daripada sebuah lembaga bebas dan terbukti mereka bertindak atas bukti yang kukuh. Andaian bahawa individu-individu yang disabitkan itu daripada pasukan tertentu tidak benar sama sekali. Setiap kali melakukan proses peralihan, Umno akan menjadi lebih kuat," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat itu.

Mukhriz yang juga anggota Exco Pemuda Umno berpendapat bahawa Zaid sejak dari dulu lagi mempunyai kecenderungan fahaman liberal yang dipelopori pembangkang.

"Pandangan peribadi saya, walaupun beliau dilantik sebagai Senator dan menteri pada waktu itu saya ragu-ragu dengan kesetiaan beliau kerana sering membangkitkan perkara yang tidak merangsang kekuatan parti.

"Malah saya sering bertengkar dengan beliau dalam Parlimen sebab beri tumpuan kepada perkara yang dibangkitkan pembangkang dan tidak langsung berusaha untuk menunaikan janji dalam manifesto Barisan Nasional," katanya.

Beliau berkata kenyataan yang dibuat Zaid itu mungkin kerana beliau cemas dengan proses peralihan kuasa yang akan berlaku tidak lama lagi.

"Adanya Datuk Seri Najib sebagai ketua dalam parti dan kerajaan mempunyai gagasan baru untuk berdepan dengan cabaran politik dan pembangkang," katanya.
BERNAMA

Comments :

0 comments to “HISHAMMUDDIN ULAS ISU DALAMAN UMNO”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    1 year ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    2 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com