Pray For MH370

Pray For MH370

KEMPEN GAYA HIDUP SIHAT PERLU NAFAS BARU

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata kempen gaya hidup sihat, yang dilancarkan pada awal 90-an walaupun membabitkan jutaan ringgit, gagal menyampaikan mesej dengan berkesan kepada orang ramai perihal penyakit seperti obesiti-kegemukan( 30% rakyat Malaysia dalam kategori gemuk), kencing manis dan serangan jantung (kadar 141 bagi setiap 100,000 penduduk).

Memorandum Kabinet Mengenai Gaya Hidup Sihat Dirangka

Kementerian Kesihatan akan menyediakan satu memorandum Kabinet, memohon kerjasama agensi dan jabatan kementerian yang berkaitan, untuk memastikan rakyat Malaysia lebih peka akan kesihatan dan melakukan perubahan bagi mengamalkan gaya hidup sihat.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Ismail Merican berkata usaha bersepadu oleh semua agensi kerajaan yang berkaitan diperlukan bagi memerangi kes kegemukan dan obesiti yang semakin banyak di negara ini, satu masalah yang membawa kepada penyakit kencing manis dan masalah berkaitan jantung.

Bercakap pada satu sidang akhbar selepas melancarkan mesyuarat saintifik ke-13 Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia di sini pada Jumaat, Dr Ismail berkata kempen gaya hidup sihat, yang dilancarkan pada awal 90-an dan membabitkan jutaan ringgit, dilihat tidak berupaya menyampaikan mesej dengan berkesan kepada orang ramai.

"Jadi, di mana silapnya? Adakah kerana mereka tidak memahami mesej yang disampaikan? Adakah terlalu sukar mengubah tingkah laku seseorang? Atau kerana mereka dikelilingi satu suasana yang tidak menggalakkkan mereka untuk mengamalkan tabiat hidup sihat?

"Bagi orang ramai melakukan senaman mereka mesti mempunyai kemudahan. Jika kita pergi ke negara-negara barat, mereka mempunyai taman-taman, lorong pejalan kaki, mempunyai laluan khusus untuk orang berjoging, berbasikal. Kita tidak mempunyai kemudahan sedemikian, setiap ruang yang ada kita akan gunakan untuk membuat perkara lain," katanya.

Dr Ismail berkata kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan pihak-pihak berkepentingan mesti mencari jalan bagi menggalakkan orang ramai bersenam memandangkan kajian yang dilakukan mendapati 30 peratus rakyat Malaysia gemuk.

Dalam ucapannya, Dr Ismail berkata Laporan Pendaftar Sindrom Serangan Jantung Akut (ACS) pada 2006 mendapati daripada sejumlah 31,186 kemasukan ke 73 unit penjagaan koronari (CCU) di Malaysia, 12,534 adalah kerana ACS.

Nisbah kemasukan ACS adalah 47.1 bagi setiap 100,000 rakyat Malaysia pada 2006 dengan anggaran mereka yang menghidap serangan sakit jantung di Malaysia adalah sekitar 141 bagi setiap 100,000 rakyat Malaysia.

Bagi memerangi gejala yang membimbangkan ini, selain kempen Gaya Hidup Sihat, kementerian akan menggunakan dan membangunkan teknologi dan teknik berkaitan jantung di kebanyakan hospital kerajaan dan swasta, katanya.

BERNAMA

Comments :

0 comments to “KEMPEN GAYA HIDUP SIHAT PERLU NAFAS BARU”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com