Pray For MH370

Pray For MH370

NAK CEPAT KAYA ATAU NAK RUGI CEPAT?

Modus operandi sindiket ialah dengan ‘memancing’ mangsa melalui laman sembang di Internet ("chatting") kononnya untuk menjadi teman istimewa atau sahabat baik sebelum mereka secara licik ditawarkan bungkusan mengandungi hadiah mahal, pekerjaan bergaji lumayan atau kegiatan ‘black money.’ Sila layari pautan untuk penerangan selanjutnya.













32 ditahan di Kepong


Kegiatan penipuan didalangi warga Afrika yang bergiat aktif memperdaya warga tempatan sehingga mampu memperoleh keuntungan atas angin berjumlah jutaan ringgit tumpas selepas sepasukan polis Bukit Aman menyerbu empat premis di Metro Prima Kepong, kelmarin.

Berikutan serbuan itu, seramai 32 orang ditahan termasuk 29 warga Afrika yang dipercayai ahli sindiket penipuan berkenaan.

Turut ditahan dalam serbuan kira-kira jam 3 petang itu ialah dua wanita warga Afrika dan tiga wanita tempatan dan pemeriksaan juga mendapati 19 lelaki warga Afrika tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

Timbalan Pengarah I Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Nooryah Md Anvar (gambar) berkata, modus operandi sindiket ini adalah dengan ‘memancing’ mangsa melalui laman sembang di Internet kononnya untuk menjadi teman istimewa atau sahabat baik sebelum mereka secara licik ditawarkan bungkusan mengandungi hadiah mahal, pekerjaan bergaji lumayan atau kegiatan ‘black money.’

“Siasatan awal mendapati penipuan penghantaran bungkusan mencecah RM3.7 juta dengan menjadikan wanita sebagai mangsa utama, malah ada antara mereka pernah berjumpa beberapa kali dengan ahli sindiket terbabit.

“Selepas perkenalan membabitkan tempoh yang lama, barulah hadiah berupa wang tunai antarabangsa dan barangan berjenama eksklusif ditawarkan,” katanya, semalam.

Bagaimanapun, mangsa perlu membayar wang pelepasan kepada sindiket itu kononnya bungkusan terbabit ditahan pihak kastam.

“Mangsa menyedari diperdaya setelah kiriman bungkusan yang kononnya mengandungi barangan berharga itu tidak tiba seperti yang dijanjikan,” katanya.

Nooryah berkata, pihaknya percaya dengan tertumpasnya sindiket ini yang dipercayai beroperasi sejak empat tahun lalu, lebih beratus-ratus kes membabitkan penipuan dapat diselesaikan

“Sindiket ini turut didapati terbabit memperdayakan mangsa dengan menawarkan tawaran kerja dalam sektor pemasaran, perhotelan dan telekomunikasi kepada orang tempatan serta rakyat beberapa negara jiran,” katanya.

Katanya, bagi setiap tawaran itu, mangsa perlu membayar wang pemprosesan dan visa berjumlah antara RM1,000 dan RM10,000.

“Kebanyakan mangsa menyedari mereka ditipu selepas suspek menghilangkan diri. Sindiket ini turut terbabit dengan lebih 100 kes membabitkan black money,” katanya.

Oleh Shanty Nur Shaffizan Shafee/Metro


PENIPUAN DI INTERNET DAN BAGAIMANA MENGENALINYA


skim pak man telo wujud di amerika

Comments :

0 comments to “NAK CEPAT KAYA ATAU NAK RUGI CEPAT?”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com