Pray For MH370

Pray For MH370

MB SERTA EXCO PAHANG SILA LETAK JAWATAN

Jika BN Pahang bermaruah, terdapat sekurang-kurangnya #3 sebab kenapa DUN Pahang perlu dibubarkan:

1. Empat wakil rakyat, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan seorang Ahli Parlimen dari Paya Pesar didapati mengamalkan politik wang dan dihukum serta diberi amaran oleh Lembaga Displin Umno Febuari lalu.

2. Barisan pimpinan kerajaan negeri gagal menunaikan amanah apabila melakukan kesilapan besar sehingga kerajaan negeri diarah membayar lebih RM60 juta kepada sebuah syarikat pembalakan Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd (SGMSB).

3. Selain itu anak syarikat kerajaan negeri yang telah disaman dan diarah membayar saman berjumlah RM30 juta kepada Agro bank.



MB dan exco diminta letak jawatan, bubar Dun


Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man mahu Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakub dan barisan exconya melepaskan jawatan dan membubarkan Dewan Undangan Negeri Pahang (Dun).

Beliau berkata, pembubaran Dun perlu dibuat memandangkan barisan pimpinan kerajaan negeri gagal menunaikan amanah apabila melakukan kesilapan besar sehingga kerajaan negeri diarah membayar lebih RM60 juta kepada sebuah syarikat pembalakan Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd (SGMSB).

Selain itu anak syarikat kerajaan negeri yang telah disaman dan diarah membayar saman berjumlah RM30 juta kepada Agro bank.

Menurut Tuan Ibrahim, empat wakil rakyat tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan seorang Ahli Parlimen dari Paya Pesar didapati mengamalkan politik wang dan dihukum serta diberi amaran oleh Lembaga Displin Umno Febuari lalu.

Beliau berkata ketiga-tiga Adun berkenaan sepatutnya diarah melepaskan jawatan kerana bertanggung jawab di atas perbuatan mereka tetapi menteri besar dan barisan eksconya tidak berbuat apa-apa.

"Keempat-empatnya memang mempunyai kes jika tidak masakan Lembaga Displin Umno menjatuhkan hukuman terhadap mereka," katanya.

Dari rentetan kes berkenaan, kata Tuan Ibrahim sudah memadai bagi sebuah kerajaan yang bermaruah untuk menyerahkan kembali mandat kepada rakyat bagi memilih kerajaan baru.

Menjelaskan lebih lanjut isu berkaitan, beliau berkata, sikap tidak serius kerajaan dapat dilihat dalam kes saman SGMSB di mana kerajaan boleh mengelak daripada dikenakan tindakan iaitu menyelesaikan dengan segera sama ada melalui rundingan dan sebagainya.

Namun Menteri Besar tidak mengambil peluang itu, hingga keadaan menjadi sulit dan sukar dan jumlah tunggakan bayaran semakin meningkat.

Jumlah tuntutan SGMSB diputuskan oleh mahkamah pada 2005 hanya berjumlah RM37 juta sahaja tetapi kini telah meningkat RM63 juta. Begitu juga SGMSB mahu berunding dengan kerajaan negeri tetapi tidak pernah dilayan.

Malah difahamkan kerajaan negeri langsung tidak mengindahkan perbicaraan pada peringkat awal dahulu sehinggalah kes berkenaan dibawa ke mahkamah rayuan.

Kini kita lihat, kerajaan negeri semakin terdesak dengan perintah mandamos 20 April lalu tetapi Menteri Besar berusaha melengahkan pembayaran dengan membawa kes baru ke mahkamah.

"Apakah belum cukup bagi rakyat dan perdana menteri baru untuk menilai kerajaan dan barisan exconya," soal beliau ketika ditemui di pejabatnya.

mns/Basiron Abdul Wahab/harakahdaily


ADNAN YAAKUB TIDA PILIHAN MELAINKAN UNDUR DIRI

Comments :

1
anak pahang ni said...
on 

ha ah yek... betul jugak tuu
Bagi kat orang lain lah pilok..
dok gitu..

Hidup UMNO !!

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com