Pray For MH370

Pray For MH370

SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI


Sila layari laman web SPR di www.spr.gov.my untuk semakan Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2009.

Sebarang kesilapan pendataan, pemilih bolehlah membuat pembetulan dengan menghantarkan pembetulan tersebut ke alamat e-mel: info@spr.gov.my atau menulis surat atau datang sendiri ke mana-mana pejabat Pilihan Raya Negeri atau Ibu Pejabat SPR di Putrajay

53,512 Pemilih Baru Januari-Mac


Puruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima 53,512 permohonan pendaftaran sebagai pemilih baru bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini.

Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said, berkata Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi Suku Tahun Pertama 2009 akan dipamerkan selama seminggu mulai esok di 994 tempat pameran di seluruh negara.

Mereka yang baru memohon menjadi pemilih atau mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon untuk pertukaran alamat pusat mengundi dinasihatkan menyemak rang daftar pemilih yang dipamerkan itu," katanya dalam kenyataan di sini Selasa.

Sabri berkata warga negara yang baru mendaftar sebagai pemilih tetapi mendapati nama mereka tidak tersenarai dalam rang daftar itu, bolehlah membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B dan menghantarkannya kepada Pengarah SPR negeri masing-masing dalam tempoh tujuh hari dari tarikh rang daftar itu dipamerkan.

SPR juga mempamerkan nama-nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada daftar pemilih berasaskan mereka ini didapati telah meninggal dunia, lucut hak warga negara atau yang telah bersara daripada Angkatan Tentera/Polis yang bermakna mereka telah hilang kelayakan sebagai pemilih pos.

Sabri berkata dalam usaha membersihkan daftar pemilih daripada senarai nama pemilih berdaftar yang telah meninggal dunia, SPR memohon kerjasama waris untuk menghantar salinan sijil kematian atau permit mengubur waris mereka yang telah meninggal dunia kepada SPR.

Pemilih berdaftar digalakkan menyemak Daftar Pemilih Induk 2008 bagi tujuan membuat pembetulan bagi apa-apa kesilapan data melibatkan ejaan nama, nombor kad pengenalan, jantina, nombor rumah pemilih dan sebagainya.

"Sekiranya terdapat sebarang kesilapan pendataan, pemilih bolehlah membuat pembetulan dengan menghantarkan pembetulan tersebut ke alamat e-mel: info@spr.gov.my atau menulis surat atau datang sendiri ke mana-mana pejabat Pilihan Raya Negeri atau Ibu Pejabat SPR di Putrajaya," katanya.

Pemilih berdaftar yang bertukar alamat tempat bermastautin digalakkan membuat permohonan pertukaran alamat pusat mengundi bagi membolehkan mereka mengundi di sesuatu pusat mengundi yang lebih dekat dengan kediaman masing-masing.

Orang ramai boleh melayari laman web SPR di www.spr.gov.my untuk semakan Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2009.



BERNAMA

Comments :

0 comments to “SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com